USAHA MENGATASI SEGALANYA
Majlis Penyerahan Projek Khidmat Masyarakat Pandu Puteri
Pada 8 Mei 2021, satu majlis penyerahan projek khidmat masyarakat untuk pencalonan Pandu Puteri Raja 2021 telah diadakan. Pelajar yang terlibat sebagai calon ialah Sim Jia Wen dan Tan Hui Hui. Projek Khidmat Masyarakat ini akan berlangsung selama tiga bulan. Selamat maju jaya diucapkan.
Peperiksaan MUET 30 Januari 2021
Pada 30 Januari yang lalu, pelajar Tingkatan 6 sesi 2020 telah menjalani peperiksaan MUET di dewan sekolah. Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 GBS juga tidak terkecuali menduduki peperiksaan tersebut.
Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks secara 'Drive-Thru' 2021
Seperti yang diketahui, penularan wabak covid 19 semakin teruk dan para murid tidak dapat hadir ke sekolah secara bersemuka untuk sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sesi pembelajaran ini digantikan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) di mana kelas dijalankan secara atas talian. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah untuk melakukan sesi pemulangan dan pengambilan buku teks secara 'drive-thru' bagi meneruskan sesi pembelajaran murid untuk tahun 2021. Sesi ini dilakukan di perkarangan sekolah di mana ibu bapa hanya perlu memandu kenderaan masuk dan guru-guru bertugas akan mengambil dan memberikan buku teks yang baru kepada mereka tanpa perlu turun daripada kenderaan masing-masing. Ini juga salah satu cara pihak sekolah dalam mengelakkan penularan wabak covid 19.