Matlamat Organisasi
• Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu
• Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera
• Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara
• Memberi Peluang-Peluang Pendidikan kepada semua Warganegara Malaysia
Piagam Pelanggan
Warga SK Temiang dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada:
Murid
· Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan
· Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama
· Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat
· Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak
· Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan bagi yang layak
· Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian asas dalam 3M
Ibu bapa/penjaga
· Akan dilayan sama adil tanpa mengira status
· Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari bekerja
· Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah
· Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari
Staff/Kakitangan
· Staff dapat bekerja dalam suasana yang kondusif
· Staff baru akan mendapat gaji dalam temph 3 bulan pertama
· Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun
· Guru seboleh-bolehnya akan dapat mengajar mengikut opsyen
· Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan
· Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ‘Stake Holder’
Stakeholder
· Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera
· Semua surat JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan