Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Iban Bersepadu
Matematik
Sains / Dunia Sains
RBT / TML
PSV / PKS
PMZ / PKM
SEJARAH
P. MORAL
P. ISLAM
PJPK
Fungsi dan Peranan Panitia
Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan tersebut.
Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran
Mengetuai Panitia Mata Pelajaran.
Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Melantik Setiausaha Panitia dari kalangan Ahli Panitia.
Mempengerusikan Mesyuarat Panitia.
Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian Mata Pelajaran.
Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar, GPK dan AJK Panitia.
Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal yang berkaitan dengan mata Pelajaran.
Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan mata pelajaran untuk menjamin pencapaian pelajar.