Sekolah Kebangsaan Temiang yang terletak kira-kira 13 kilometer di Daerah Simunjan ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1950 atas usaha beberapa orang penduduk kampong ketika itu yang tidak mahu ketinggalan dalam soal pendidikan.
Guru Besar yang pertama ditugaskan di sekolah itu ialah Cikgu Mathew sehingga 1951 sebelum digantikan dengan Cikgu Lim Hua pada tahun 1952.Cikgu Lim Hua merupakan satu-satunya guru besar perempuan.Seterusnya beliau digantikan dengan Cikgu Philip Sim sebelum Cikgu Francis Gajik.Pada ketika itu, Sekolah Temiang adalah di bawah tanggungjawab majlis berkuasa tempatan.Umur kemasukan pelajar adalah tidak menentu.Namun, tidak ramai yang berminat ke sekolah pada ketika itu iaitu sekitar belasan orang sahaja.
Prasekolah ini ditubuhkan pada 2007 dan mula beroperasi pada tahun 2008. Sejak penubuhannya ramai murid telah mendapat pendidikan awal di Prasekolah. Pada tahun 2019, Prasekolah ini telah diberi nama Prasekolah Munsyi Junior. Guru yang bertanggungjawab pada masa tersebut ialah Encik Ismail Bin Suhai yang mula berpindah ke Prasekolah ini pada 2019 sehingga sekarang.