..:: BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KK ::..
BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum termasuk sidang
petang.
1.4 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang
petang.
SENARAI TUGAS
2.1 KOKURIKULUM
2.1.1 Sukan Dan Permainan
2.1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.2 Mengurus permilihan peserta untuk pertandingan.
2.1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar
sekolah.
2.1.2 Pakaian Seragam
2.1.2.1 Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam didalam dan diluar sekolah.
2.2 PENTADBIRAN
2.2.1 Menyusun / menyelaras kegiatan kegiatan Kokurikulum.
2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.
2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil.
2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.
2.2.5 Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran sekolah.
2.2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
2.2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan pakaian seragam dan
sebagainya.
2.2.8 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan tahap
pencapaian.
2.2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.
2.2.10Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan.
2.2.11Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan Kokurikulum.
2.2.12Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan Kokurikulum dan
mengadakan latihan untuk mereka.
TUGAS-TUGAS LAIN
3.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
..:: AKTIVITI KK::..