Nostalgia 60-an
SEMANGAT - KERJASAMA - SUKSES
Nostalgia 60-an
Perkataan ini dikatakan berasal daripada bahasa Punjabi yang bermaksud serigala. Kononnya semasa pembukaan awal kawasan Sungala terdapat banyak haiwan yang serupa dengan serigala berkeliaran di sini. Sebab itulah, kawasan ini diberi nama Sungala.
Sekolah Kebangsaan Sungala (SKS) - merupakan sebuah sekolah yang istimewa kerana ia terletak dalam Kem Askar Sungala. SKS terletak di bawah jajahan Port Dickson, Negeri Sembilan dan di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson (PPDPD) Negeri Sembilan. Lokasinya terletak 10 kilometer berhampiran dengan bandar Port Dickson dan 30 kilometer dari bandar Seremban. Banyak kemudahan boleh didapati di sini seperti Hospital PD, Muzium Tentera, Pasar Malam dan pantai peranginan Batu 4, Masjid Kariah Si-Rusa, Balai Polis, Pejabat Pos, hotel-hotel terkemuka dan sebagainya.
Sekolah Kebangsaan Sungala mula beroperasi pada tarikh 28 Ogos 1960. Pada awal penubuhan sekolah ini menerima bilangan murid seramai 86 orang dengan seorang guru besar sebagai pentadbir dan dibantu oleh 8 orang guru. Pada tahun 1980, bilangan murid meningkat kepada 320 orang. Pada tahun 1993 jumlah murid semakin ramai iaitu 448 orang dengan tenaga pengajar seramai 28 orang dan terus melonjak bilangan muridnya seramai 530 orang. Guru Besar yang pertama yang menerajui kepimpinan sekolah ini ialah Encik Othman bin Sudin (1960-1970). Pada tahun 1982, sebuah bangunan dua tingkat dibina iaitu Blok C bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah.
Pertambahan bilangan murid telah menyebabkan sesi pembelajaran menjadi 2 sidang, pagi dan petang. Pada tarikh 6 Jun 1993, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meluluskan permohonan untuk membina 2 buah blok bangunan baharu. Sekolah ini dinaik taraf gred A luar bandar pada tahun 1994. Pada bulan Disember 1998, blok D dan E telah siap dibina. Awal tahun 1999, sekolah ini bertukar status sekali lagi menjadi sekolah satu sidang.
Sekolah Kebangsaan Sungala mengamalkan congankata "Belajar Terus Belajar" dan diamalkan hingga kini. Sekolah yang berhampiran dengan sekolah ini adalah SK Kampung Baru, SK Si-Rusa, SK Telok Kemang, SK Panglima Adnan, SMK Kampung Baru dan SMK Bukit Saujana.
Objektif utama penubuhan sekolah ini adalah untuk kemudahan belajar anak-anak tentera yang tinggal di kawasan Kem Sungala. Namun begitu sehingga kini terdapat juga anak-anak penduduk awam dari kampung-kampung sekitar yang turut sama belajar di sekolah ini. Mereka datang dari Kampung Baru Si-Rusa, Kampung Sawah Sungala, Taman Bandar Sungala dan terkini Taman Sungala Hartamas.
Bangunan pertama Sekolah Kebangsaan Sungala yang dibina sekitar tahun 1960 menempatkan Bilik Pejabat, Bilik Guru, Bilik Darjah (Tahun 1-6) dan tandas. Bangunan ini mula digunakan pada tarikh 28 Ogos 1960. Selepas itu ditambah lagi 2 blok bangunan yang di rasmikan oleh YB Dato' Isa Samad yang menambah lagi bilangan kelas dan bilik-bilik khas seperti bilik Seni, bilik Kemahiran Hidup, makmal Sains, bilik Kaunseling, bilik Jqaf, surau, perpustakaan, makmal komputer dan sebagainya. Pada tahun 2020 sekolah telah mendapat sebuah bangunan baharu iaitu sebuah dewan terbuka. Dewan tersebut telah disumbang khas daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri yang berharga RM300,000.00. Bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk kegiatan-kegiatan yang sesuai seperti senamrobik, futsal, bola tampar, sepak takraw, indoor game, aktiviti sosial dan lain-lain lagi.
Pelbagai jenis latar belakang murid dari segi agama, bangsa, negeri dan sebagainya menjadikan SK Sungala ini lebih berwarna-warni. Pelbagai kesenian dan budaya dapat dilihat di sini. Murid-murid SK Sungala memiliki bakat dalam bidang seni tari ditambah pula dengan bimbingan dari guru muzik yang berbakat melatih mereka. Kejayaan yang diraih SKS berbekalkan dengan kata-kata perangsang...
"Semangat Kerjasama Sukses"
P.e.n.g.u.m.u.m.a.n
Butiran tentang pertandingan boleh didapati melalui QR Code yang tertera pada poster atau laman sesawang berikut :
https://drive.google.com/file/u/2/d/1q0u94EVbWjcHj-Ai-Tg7XH0f8OigTlLe/view?usp=drive_link
Setiap unit, boleh memilih 3 org murid untuk 1 kumpulan, dan 3 orang murid untuk pertandingan individu. Total 6 orang murid untuk setiap unit. Yuran penyertaan adalah RM10 untuk setiap murid yang berminat menyertai.
Pendaftaran:
https://forms.gle/SCgjWkBkVnfFYpZ9A
Surat kebenaran penganjuran karnival ini daripada pihak KPM boleh dilihat melalui link berikut :
https://drive.google.com/file/d/1t9ECNlz6u10LZIl9LtzZ84dWix2lq-5b/view?usp=sharing
Route Map-2 SKS
+ LINK : Pengisian Data Murid SEKOLAH DALAM KEM
+ PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI (MYPSYD)
+ Pertandingan Creativity @ Schools 2024 [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ]
+ P R O G R A M G A L A K A N M E M B A C A SK SUNGALA
+ Pertandingan Bowling. Ada berani?
+ Penilaian PBPPP pertama
+ Notis Mesyuarat Agung PIBG (25 Jun 2024)
Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKS. Sila patuhi SOP yang ditetapkan sebagai peraturan. #kitojagokitoPKPmaghin#
Sekolah Kebangsaan Sungala,
Rejimen Kedua Kor Armor Diraja, Kem Sungala,
71050 Si-Rusa Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-6473030 / Faks : -tiada- / e-Mail : nba2004@moe.edu.my
FB : www.facebook.com/sksungala https://www.facebook.com/share/1JqkLLsWG5/
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Sungala
Blog : http://sksunggala.blogspot.com/p/galeri-sekolah.html
Web : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sksungala