MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Matlamat Program TS25 adalah untuk:
2.1. Kepimpinan : Memantapkan kepimpinan sekolah.
2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran; Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (PdP).
2.3. Penglibatan Komuniti; Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Objektif utama Program TS25 adalah untuk :
3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);
3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan
3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.
Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.
Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.