Kafa telah ditubuhkan pada tahun 1990. Penubuhan KAFA telah putuskan oleh kerajaan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KAFA merupakan satu aktiviti Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang terbesar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibubapa. Kelas KAFA di Negeri Johor Darul Ta’zim ini ditujukan bagi kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun dan terdapat sebilangan kecil sehingga berumur 12 tahun.Ia beroperasi tiga(3) hari seminggu iaitu 2 jam sehari.Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru Al-Quran, Guru Agama, Imam dan Bilal.Kelas KAFA dilaksanakan mengikut sukatan Pelajaran KAFA yang telah disediakan oleh Pusat Islam. Pada tahun 2001, KAFA Negeri Johor Darul Ta’zim masih menguna pakai Buku Sumber KAFA untuk tahun 1 dan 2.Buku tersebut disediakan oleh bahagian Hal Ehwal Islam, Kuala Lumpur.Kitab-kitab yang digunakan ialah Tilawah Al-Quran , Ulum Syariah, akhlak Islamiah, Asas Lughatul-Arabiah, Asas Menulis Jawi, Sirah Rasulullah.Dianggarkan terdapat 940 buah kelas KAFA JAKIM diseluruh Negeri Johor Darul Ta’zim.Ia beroperasi di masjid, surau dan balairaya
Muat Turun Surat / Pekeliling
+ Bengkel semakan pendaftaran UPKK - 20 /6/2024
+ Bengkel penataran format UPKK - 20/6/2024
+
+Dapatkan buku Kurikulum KAFA 2.0 JAKIM. Klik ikon buku PDF di sebelah atau klik di sini untuk muat turun.
+Buku Doa Awal Muharram.
+Buku Kecil Ramadhan.
+
Muat Turun Bahan Berkaitan
+ Surat JAKIM - Siaran Jadual Waktu UPKK 2024/2025 - 16/7/2024
+ Surat Siaran Jadual Waktu UPKK - 19/7/2024
+ Surat Pelaksanaan PCHI dan Amali Solat - 9/7/2024
+ Bengkel semakan pendaftaran UPKK - 20 /6/2024
+ Bengkel penataran format UPKK - 20/6/2024
+ Format instrumen UPKK 2024 - 23/5/2024
+ Borang amali [Amali Solat / PCHI / Al-Quran] PDF / WORD
+ Borang Akta Rahsia Rasmi Pengawas UPKK
+ Borang Daftar Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/02)
+ Borang Permohonan Pusat Peperiksaan UPKK (JAKIM/UPKK09/03)
+ Borang Pindah Sekolah KAP / KAFA - JAKIM(PKAFA)TPM/010-1
+ Surat Siaran Format Instrumen UPKK Terbaharu
+ Video Semakan Pendaftaran Calon UPKK
+ Ujian Amali UPKK
* Borang Individu PCHI
* Borang Individu Amali Solat
* Borang Kelompok PCHI / Amali Solat / Al-Quran
* Jadual Pelaksanaan Amali Solat
* Jadual Pelaksanaan PCHI
+ Borang Guru Ganti
+ Borang Permohonan Jawatan Guru KAFA
Tahun 2023 : (26 Calon)
1. MUHAMMAD SYAHIR NAIM BIN MOHD SUKRI
Tahun 2022 : (20 Calon)
1. MUHAMMAD DARWISY AL QUSYAIRY BIN KHAIROL AZLAN
2. NUR ALESYA SOFEA BINTI MOHD NOORAZAM
Tahun 2021 : (38 Calon - MPKK)
1. AHMAD NABIL HAZIM BIN NORZAIDI
2. AINA IRDINA BINTI MUHAMMAD NAWAWI
3. NAZIH HAMMAD BIN ZAINAL AZIRA
4. NUR IMAN AMANI BINTI MOHAMAD RAFIK
5. NURIN ALEESA BINTI AZMI
6. NURUL FATIHATUL IZZATI BINTI OSMAN
7. MUHAMAD ADHA DANIEAL BIN MOHD RUSYDAN
8. NUR INDAH AZ ZAHRA BINTI OSMAN
Tahun 2020 : COVID-19)
TIADA PEPERIKSAAN
Tahun 2019 : (25 Calon)
1. BAHAMIN ALIFF AIMAN BIN BAHAMIN IZWAN
SIARAN & AKTIVITI-AKTIVITI KAP
Sila semak tarikh jadual waktu UPKK 2024/2025 di atas.
Dalam Kenangan MPKK
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
posted a video to the playlist Menteri Di Jabatan Perdana Manteri.
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PFN) di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua tenaga pengajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Sebagaimana yang telah diumumkan pada 7 September 2021, JAKIM dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan aktiviti Pendidikan KAFA berjalan lancar. JAKIM menyambut baik pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan pada Ahad 12 September 2021, yang telah memaklumkan mengenai Pembukaan Sekolah secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober 2021.
Pelaksanaan KAFA di seluruh negara juga berdasarkan kepada takwim persekolahan arus perdana. Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesinambungan aktiviti Pendidikan Islam, JAKIM ingin memaklumkan bahawa;
1. Pengoperasian KAFA di seluruh negara bagi murid Tahun 1 hingga 6 akan
DITERUSKAN SECARA PDPR SEHINGGA TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN
2021 berakhir.
2. Peperiksaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang
dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan DIGANTIKAN
dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.
Keputusan ini tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan mampu dinilai melalui pelbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, JAKIM akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan menggantikan ujian bertulis tersebut. Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu terhadap tahap penguasaan murid dan peluang untuk ke sekolah menengah.
Dengan keputusan ini, guru KAFA dan murid hendaklah terus membuat persediaan rapi bagi menghadapi proses selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh JAKIM nanti. Ibu bapa juga diminta memastikan anak- anak mengikuti aktiviti Pendidikan KAFA secara PdPR. JAKIM sentiasa komited untuk memastikan Pendidikan KAFA bergerak seiring demi memastikan kemenjadian murid.
Sekian.
YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
23 September 2021