PERISTIWA
Konvensyen Pend. Sarawak 2024
WIP
KOSONG
WIP
KOSONG
PERKASAKAN NILAM
Daftar Sistem MYPSYD
PELAKSANAAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MYPSYD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas dan surat arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA.600-21/5/5 (46) bertarikh 26 Februari 2024 adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan profiling digital kesihatan psikologi kepada semua kakitangan awam bagi mengukur tahap kesihatan psikologi dan mendapatkan saringan awal untuk mengenalpasti tahap risiko kecenderungan isu kesihatan mental. Bahagian Psikologi dan Kaunseling diamanahkan sebagai urusetia pelaksanaan profiling ini di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
3. Sehubungan dengan itu, semua semua penjawat awam di bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru Kampus, Kolej Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diwajibkan mengisi profiling digital kesihatan mental ini sebagaimana yang diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan bermula pada 1 April 2024 sehingga 30 Jun 2024 secara dalam talian.
4. Sistem MyPsyD boleh diakses melalui https://mypsyd.jpa.gov.my dan menggunakan Id dan kata laluan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS 2.0). Bagi melengkapkan profil kesihatan psikologi ini, semua pegawai perkhidmatan awam perlu mengemaskini saringan kesihatan kendiri melalui Modul Rekod Peribadi (Kemaskini Rekod Peribadi>Kesihatan>Saringan Kesihatan Kendiri) terutama data ukuran berat, tinggi dan BMI, di dalam sistem HRMIS 2.0. Bersama-sama ini juga dilampirkan jadual pelaksanaan MyPsyD di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan panduan pelaksanaan MyPsyD.
STEM FORENSIK
Tarikh pertandingan : 25 Jun 2024
Ayuh sertai Pertandingan Pemburuan Maya Forensik dan Pertandingan Menulis Puisi Sains. Sila imbas kod QR untuk muat turun maklumat dan syarat pertandingan. Hadiah menarik menanti anda.
11 JUN 2024 / SELASA
10 JUN 2024 / ISNIN
10 JUN 2024 / ISNIN
SENARAI PEMBACA NILAM
10 JUN 2024 / ISNIN
Alhamdulillah syukur, satu permulaan yang baik dari Unit Nilam PSS SK Sungala.
Buka dan Bacalah
Pintu dunia bakal kau miliki
Faham dan nikmatilah
Kau berpeluang menakluki dunia
Syabas Nurul Ashikin Sazali penyelaras Nilam Sahmura Sungala dan kepimpinan PSS yang diterajui oleh Cikgu Munirah. Sahmura Sungala Pesona Dunia
PENGHARGAAN ATLET
10 JUN 2024 / ISNIN
ICT DELIMA
10 JUN 2024 / ISNIN
LADAP PENDIGITALAN
06 JUN 2024 / KHAMIS
BENGKEL PENULISAN
PIDATO
Anjuran MGB Port Dickson
21 Disember 2021 / Selasa / 10.00 Pagi / Mukim Linggi
Majlis Aprisiasi Rakan Strategik
Sesi Taklimat
Kenangan Terindah... Terbaik Semuanya
Menu...Sedap Dan Menyelerakan
Hmmm.. Bila Nak Selesai Agaknya Ye...
Pejabat Penerangan Port Dickson 2021
10 Nov 2021 / Rabu / 2.00 Petang / Tasik Villa Port Dickson
Misi Pembersihan Banjir 2021
Tenaga SKS yang bergotong-royong pagi ini...
Kerja keras nampaknya...
Bersama tuan rumah... Tuan Abdullah
Kenangan dari tuan rumah...
Anjuran MGB Port Dickson
21 Disember 2021 / Selasa / 10.00 Pagi / Mukim Linggi
KOLEKSI TERBAIK
Deretan awan putih
Hiasan bagai kekabu langit biru
Luas terbentang
Gugusan semangat kerja demi bangsa
Tumbuh segar di lantai dinding siling
Suara cikgu terngiang
Memanggil-manggil nama anak
Sahutan anak kerdil
Melonjak gembira
Saya cikgu!
Kita cikgu!
Cikgu akulah!
Cikgu kitalah!
Sambutlah tangannya
Sahutlah suaranya
Renunglah matanya
Balaslah senyumnya
Berkicau kelas pagi
Bersilih sahutan seronok
Anak Malaysia di bangunan kusam
Sebuah sekolah di Kem Armor DiRaja
Sahmura Sungala Pesona Dunia
Dialah cinta Jauhari
Izzcanderasakata
8 Jun 2024
Jika tidak kerana guruku,
angin ilmu takkan berhembus,
Padang fikir tandus kering,
tiada hujan hikmah menderu.
Jiwaku layu, terikat rapat
oleh batas gelap tak terputus,
Tanpanya, daku terdampar
dalam lautan buta tanpa nakhoda yang tahu.
Guruku,
pelita yang tak pernah padam,
menyuluh lorong hidupku,
Menjadi bintang di langit malam,
penunjuk arah bagi insan yang keliru.
Suaranya bagai aliran sungai,
mendinginkan dahaga pengetahuan,
Setiap patah katanya bagai mutiara,
menghiasi kalung kebijaksanaan.
Dia menanam benih harapan
dalam tanah hati yang gersang,
Tumbuh subur menjadi
pohon kehidupan yang rendang.
Jika tidak kerana guruku,
daku takkan berdiri megah kini,
Jasanya terukir abadi,
dalam jiwa dan sanubari takkan mati.
Izzcandrasakata
20 Jun 2024
lepaskan anggapan yang membelenggu
carilah cara baru yang lebih ampuh
jangan biar masalah berlalu
segera bertindak, jangan bersedih penuh
tiada alasan untuk tidak maju
hadapi rintangan dengan hati padu
jangan tunduk pada status quo
perubahan itu hak kita, bukan musuh
masalah bukan untuk disembunyi
cari dan tangani dengan gigih hati
beri kuasa pada setiap diri
biar semua punya ruang untuk mencuba
lihatlah di sebalik yang nyata
gali punca, temukan hikmah tersembunyi
fokus pada solusi yang nyata
setiap langkah membawa kita lebih hampir
ubah itu perjalanan tiada henti
sentiasa perbaiki, jangan pernah puas
tiada akhir dalam perjuangan ini
teruslah melangkah, mencapai bintang di atas
Izzcandrasakata
Pelaku Puisi
Rukun
Rukun percaya kepada Tuhan
Berbilang agama sejak berzaman
Saling menghormati agama kepercayaan
Hudaibiyah menjadi rujukan
Rukun setia menjadi paksi
Raja dan negara aku bersaksi
Daulat Raja tiada ganti
Demi negara teguh mandiri
Rukun luhur perlembagaan
Bukan barang murah dagangan
Panji-panji tetap pertahan
Pemadam api pertelingkahan
Rukun hidup berundang-undang
Hak dan had siap berpantang
Negara hukum bukan sembarang
Betul dibela yang salah ditentang
Rukun sopan budaya bangsa
Nilai susila mesti dijaga
Adab dijunjung hormat negara
Malaysia rukun seantero dunia
Izzcanderasakata
3 Jun 2024
Port Dickson Negeri Sembilan
SYAIR
Pesona guru membijaksanaMenuntut ilmu bangsa dibinaGuru Jauhari bagai kencanaMendidik watan ilmu laksanaTIPS BERGUNA
TIPS ATURCARA PROGRAM SEKOLAH