Peranan Ketua Panitia
1. Menyediakan perancangan program perkembangan murid dan guru
untuk setahun.
2. Mengadakan mesyuarat 3 kali setahun mengikut takwim selepas
mesyuarat kurikulum.
3. Memastikan setiausaha menyediakan minit mesyuarat dan dihantar
kepada setiausaha kurikulum 7 hari selepas mesyuarat panitia.
4. Memastikan fail panitia dikemaskini mengikut rubrik yang disediakan
selewat-lewatnya penghujung bulan Januari setiap tahun dan sentiasa
dikemaskini dalam tempoh tiga bulan sekali pada setiap tahun.
5. Memastikan PLC dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan
dan laporan dihantar pada setiap minggu kepada setiausaha LADAP.
6. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan
murid-murid.
7. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media
yang dibeli atau dihasilkan sendiri.
8. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
9. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai
alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.
Peranan Penyelaras
1. Memastikan data-data dikumpul dan dihantar mengikut keperluan
semasa.
2. Memastikan semua laporan telah dihantar dan disimpan didalam fail
bidang masing-masing.
Peranan Guru Melaksanakan tugas PdP 1
1. Mengajar mengikut sukatan berdasarkan RPT yang telah di rancang.
2. Guru menerapkan nilai murni dan menjadi contoh kepada murid.
3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
4. Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar. 5. Memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
secara berkesan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.
6. Merancang dan memastikan pelaksanaan kelas pemulihan dan kelas
bimbingan dijalankan.
7. Memastikan keadaan kelas bersih dan tersusun sebelum memulakan
PdP.
8. Memastikan perekodan pbd dilaksanakan mengikut standard
pentaksiran dan pelaporan disediakan mengikut format yang telah
disediakan.
9. Memastikan intervensi dibuat berdasarkan isu yang dikenalpasti bagi
meningkatkan prestasi murid.
10. Menyediakan analisis item selepas peperiksaan dijalankan beserta
intervensi dan dibincangkan di dalam mesyuarat panitia.