SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SK SG SERAI, KUANG
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK SG SERAI
SESI 2025/2026
VISI
Melatih Dan Membimbing Murid-Murid Berkeperluan Khas Menjadi Insan Yang Boleh Berdikari, Berjasa Kepada Keluarga Dan Komuniti Setempat.
MISI
Menyediakan Pendidikan Asas Dengan Keperluan Khas Yang Mampu Diikuti Oleh Murid-Murid Pendidikan Khas Ke Arah Tujuan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara Yang Menekankan Aspek Iaitu Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek Mengikut Keupayaan Dan Kelebihan Masing-Masing.
MATLAMAT
Dapat Menyediakan Bimbingan Yang Terbaik Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mencapai Tahap Keperluan Murid-Murid Pendidikan Khas Secara Menyeluruh.
MOTTO
Kecemerlangan Insan Istimewa
Kegemilangan Bersama
OBJEKTIF PROGRAM PEND. KHAS INTEGRASI
1. Memberi perkhidmatan yang adil dalam pengajaran dan pembelajaran yang kondusif .
2. Melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah demi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah dan ibu bapa atau penjaga .
4. Menyediakan satu bidang pengurusan kemahiran hidup bagi kanak-kanak pendidikan khas untuk berdikari .
5. Menyediakan kemudahan dan kelengkapan luaran dan dalaman yang selesa , selamat dan berkualiti .
6. Memupuk keyakinan diri ke arah kestabilan kendiri dan berdikari .
7. Mempertingkatkan kemahiran sosial .
8. Melahirkan murid Pendidikan Khas yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum .
MATLAMAT
1. Mengurus hal-hal kehidupan seharian.
2. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
3. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi.
4. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor kasar dan halus.
5. Menghayati dan mengamalkan nilai- nilai murni.
6. Memperkembangkan potensi, bakat, daya kreativiti dan intelek.
7. Membolehkan kanak- kanak melakukan praktis asas dan menjalankan kerja dengan sendiri serta mendengar arahan.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Menyediakan kemudahan persekolahan bagi setiap murid yang memerlukan pendidikan khas.
2. Mengubahsuai kurikulum dan kokurikulum yang relevan dengan murid berkeperluan khas.
3. Memasukkan elemen-elemen pendidikan yang khusus, sesuai dan diperlukan oleh murid berkeperluan khas dalam kurikulum pendidikan khas.
4. Melaksanakan rancangan pendidikan individu (RPI).
5. Menyediakan alatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar-pelajar berkeperluan khas.
6. Menggalakkan program Inklusif bagi pelajar yang telah dikenal pasti mampu untuk mengikuti proses pembelajaran dengan pelajar biasa.
7. Menempatkan guru-guru pendidikan khas yang terlatih di sekolah-sekolah yang sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar khas
8. Memberi latihan dan program kemajuan staf dalam bidang yang terkini kepada semua guru khas dan staf sokongan yang terlibat dengan pendidikan khas.