SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SK SG SERAI, KUANG
Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan enam.
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah:
Penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM
penilaian murid berasaskan keberhasilan
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score (DCS) di sekolah-sekolah ini akan diuruskan oleh:
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
Bagi tahun 2024, ia akan bermula pada 1 September hingga 30 November 2024.
Kumpulan sasaran adalah murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (17 tahun bagi murid Kolej Vokasional) yang berada di sekolah / kolej tersebut.
Semua penyertaan murid kumpulan sasaran ini boleh dimasukkan dalam Sistem Pentaksiran Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sebagai penyertaan di peringkat negeri.
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah-langkah yang di bawah:
Layari http://dcs.moe.edu.my/login
Bagi pelajar pula, pelajar boleh log masuk menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.
Tutorial Cara menjawab DCS / Tapir Hero
Murid-murid boleh menonton tutorial menjawab soalan-soalan DCS di link youtube di bawah.
Terdapat 3 tahap pencapaian DCS iaitu:
Intermediate (Stars of Moffious)
Advance (Stars of Neo)
Innovator (Stars of Grand Neo)
Intermediate (Stars of Moffious)
Advance (Stars of Neo)
Innovator (Stars of Grand Neo)
Sijil Murid
Sijil pengiktirafan pencapaian DCS dijana sejurus murid selesai menjawab level ke 20.
Murid boleh muat turun sijil serta merta atau pada masa akan datang.
Tiada kemudahan untuk guru muat turun sijil sekali gus.
Cikgu Wan Roslan (Guru ICT) @Skss2024