SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SK SG SERAI, KUANG
CARTA ORGANISASI HEM 2025/2026
OBJEKTIF
1. Membolehkan murid-murid mengurus dan menguasai diri serta dapat menjalin persefahaman dengan baik antara satu sama lain.
2. Menimbulkan sikap hormat pada semua orang terutama guru-guru dan ibu bapa pada setiap masa.
3. Melahirkan murid-murid berkualiti, berakhlak mulia dan berjasa kepada agama, masyarakat dan negara.
4. Melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang teguh.
MATLAMAT
1. Mempertingkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid-murid melalui pentadbiran dan pengurusan sekolah yang teratur, berkualiti dan sistematik.
2. Mengurangkan kadar ponteng dan salah laku di kalangan murid-murid SK Sg Serai.
3. Meningkatkan amalan bersopan-santun serta perilaku mulia di kalangan murid-murid, guru-guru dan staf.
4. Mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas di kalangan murid-murid sehingga ke paras sifar.
5. Meningkatkan tahap kepimpinan pengawas sekolah ke tahap yang boleh dijadikan ‘role model’ yang berterusan bagi menjamin kewibawaan Lembaga Pengawas Sekolah.
6. Mewujudkan disiplin kendiri di kalangan murid-murid SK Sg Serai sehingga mereka dapat mendisiplin diri sendiri tanpa arahan dan kawalan dari luar.
7. Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan menjadikannya sebagai amalan kehidupan. 8. Meningkatkan kebajikan dan pemberian penghargaan kepada murid bagi meransang ‘self-esteem’ yang lebih positif.
9. Mewujudkan budaya menyayangi sekolah, rakan, persekitaran dan diri sendiri dalam aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan.
10. Meningkatkan sentimen menyayangi, menghargai dan memelihara hak bersama yang dimiliki.
11. Meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan warga sekolah.
STRATEGI PERLAKSANAAN HAL EHWAL MURID
1. Sentiasa mengingkatkan murid-murid tentang peraturan dan undang-undang sekolah yang perlu dipatuhi semasa perhimpunan mingguan selalin tajuk-tajuk yang disediakan untuk disampaikan.
2. Memperkenalkan dan mengamalkan konsep ‘role model’ dan kepimpinan melalui teladan.
3. Menjalankan kajian tentang kerencaman masalah yang dihadapi oleh murid dn meletakkan murid-murid bermasalah di bawah seliaan seorang guru kaunselor.
4. Mengadakan sesi sialog dan ceramah bimbingan dengan ibu bapa kepada murid murid yang bermasalah.
5. Menyebarkan maklumat tentang peranan dan tanggungjawab yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam membantu meningkatkan disiplin murid melalui sarana serta medium internet.
6. Menganjurkan kursus atau perkhemahan kepimpinan pengawas sekolah bagi meningkatkan tahap keberkesanan kepimpinan. 7. Pengawas diberi tanggungjawab sepenuhnya mengelolakan / mengendalikan majlismajlis Perhimpunan Mingguan, Sambutan Hari Guru dan Majlis-majlis keraian lain.
8. Pengawas adalah bertanggungjawab secara automatik untuk mengawal kelas-kelas apabila guru-guru terlibat menghadiri mesyuarat atau program lain.
9. Menggalakkan budaya mengucapkan salam dan senyum apabila bertemu dab berselisih dengan rakan, guru atau pun pelawat. 10. Menggalakkan murid-murid berjabat salam dengan guru sebelum meninggalkan sekolah.
11. Memastikan bahawa murid-murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut diambil tindakan susulan.
12. Menghantar guru untuk menghadiri kursus Bimbingan dan Kauseling bagi memahirkan mereka mengendalikan kes-kes disiplin yang memerlukan bimbingan dan kaunseling.
13. Menanamkan nilai-nilai murni dan perilaku mulia di kalangan murid-murid melalui kempen, poster, tulisan dan kata-kata hikmah.
14. Mewujudkan anugerah ‘TOKOH MURID’ di mana kriteria adalah berdasarkan kepada kepimpinan, disiplin, ‘role-model’ dan kecemerlangan akademik.
15. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan dan merangka tindakan susulan yang sewajarnya.
16. Mewujudkan suasana selamat, aman, kondusif di dalam kelas dan persekitaran sekolah bagi membolehkan dan menggalakkan murid-murid menikmati proses PdPC dalam suasana yang tenang.
17. Meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan kantin sekolah bgi membolehkan murid-murid mendapat manfaat yang optimun dan mengelakkan mrid-murid membeli makanan luar kawasan sekolah.
18. Memastikan murid-murid yang layak memperoleh bantuan RMT dan KWAMP telah diambil tindakan sewajarnya.
19. Memperbanyakkan program lawatan sambil belajar.
20. Memperbanyakkan program-program PMD serta meningkatkan program bimbingan dan kaunseling.