SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SK SG SERAI, KUANG
CARTA ORGANISASI 2025/2026
SESI 2025/2026
VISI
Melahirkan Murid Berbakat Yang Berilmu, Berkemahiran San Berketerampilan Dalam Semua Bidang Seiring Dengan Matlamat Memaksimumkan Kemenjadian Murid.
MISI
Mencungkil bakat dan latihan berterusan agar murid boleh bersaing diperingkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan dalam semua aspek kokurikulum dan sukan.
Menerapkan nilai-nilai positif kepada murid berasaskan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti kokurikulum dan sukan.
Menjadikan aktiviti kokurikulum dan sukan sebagai gedung mendidik minda ke arah pembentukan disiplin diri.
KONSEP KOKURIKULUM
1. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
2. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
2.1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
2.2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
2.3. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
2.4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara;
2.5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.
MATLAMAT
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam dan antara sekolah;
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid;
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
8. Mewujudkan sekolah berwatak.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
2. Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
3. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
4. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan Ibu Bapa GuruGuru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
5. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;
6. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
7. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
8. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
9. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.