SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SK SG SERAI, KUANG
CARTA ORGANISASI KURIKULUM
2025/2026
DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum ialah satu reka bentuk rancangan pendidikan yang merangkumi satu pola nilai mengenai peranan pendidikan disekolah. Dengan erti kata lain ia adalah suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan intan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid:
1. Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah.
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.
4. Mengusai kemahiran belajar dan berfikir dengan mengembangkan bakat dan kreativiti.
5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
7. Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
8. Mempunyai pengetahuan. Kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
9. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
10. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
11. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap positif terhadap keusahawan dan produktiviti.
12. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.
13. Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
14. Membina semangat patriotism.
15. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni.
16. Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat sebagai amalan hidup.