FEEL FREE TO JOIN OUR FACEBOOK
( GURU SAINS )
RINGKASAN PROJEK
STANDARD KANDUNGAN :
5.1 Tumbesaran Tumbuhan
STANDARD PEMBELAJARAN :
5.1.5 Membuat kesimpulan keperluan asas untuk tumbesaran tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.
5.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang proses hidup tumbuhan melalui lakaran, TMK,penulisan atau lisan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid dapat membuat kesimpulan keperluan asas tumbesaran tumbuhan.
Murid dapat membentangkan proses tumbesaran tumbuhan dan dapat membuat rasional sekiranya peringkat tumbesaran tumbuhan diganggu
KRITERIA KEJAYAAN :
Murid dapat membuat kesimpulan asas proses tumbesaran tumbuhan melalui penanaman biji benih kacang hijau menjadi taugeh
Murid dapat memberi penerangan dan rasional tentang proses tumbesaran tumbuhan melalui penanaman biji benih menggunakan produk inovasi 'Ideal Box' hasil rekaan mereka.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid melaksanakan proses penanaman biji benih pokok taugeh.
2.Guru memberikan contoh jurnal projek yang perlu murid lakar dan rekod proses tumbesaran biji benih dari hari ke 2,4,6,8 dan 9 (1 minggu)
mengikut keadaan keperluan biji benih bercambah.
3.Murid mencatat isi penting dalam buku aktiviti Peta I Think (Carta Alir) proses tumbesaran biji benih kacang hijau
4.Murid bersoal jawab tentang keperluan asas tumbesaran pokok taugeh.
5. Murid bermain permainan interaktif Quizzes dan Wordwall sebagai pengukuhan
6. Murid membuat refleksi kendiri dan rakan sebaya di dalam link padlet yang diberikan.
PENTAKSIRAN TP 5 : Merumuskan air, nutrien, udara dan cahaya matahari / suhu yang sesuai diperlukan untuk tumbesaran tumbuhan
PENTAKSIRAN TP 6 : Berkomunikasi untuk meramalkan apa yang akan berlaku kepada manusia atau haiwan sekiranya salah satu peringkat tumbesaran tumbuhan diganggu.
RUBRIK PENGESANAN 6C
1. SAHSIAH
Dimensi : Mempelajari cara belajar secara kolaboratif
Kemajuan : Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu.
2. KEWARGANEGARAAN
Dimensi : Minat tulen terhadap kelestarian alam sekitar.
Berkembang : Murid menghargai hasil alam semulajadi alam mengukuhkan ekonomi seterusnya mengekalkan kedaulatan negara.
3. KREATIVITI
Dimensi : Pemanfaatan Digital
Kemajuan : Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan untuk mempertingkatkan kolaboratif antara ahli kumpulan.
4. KOMUNIKASI
Dimensi : Perbezaan dan kepentingan komunikasi multimodal
Berkembang : Murid menggunakan pelbagai mod komunikasi supaya mesej yang dianalisis dapat disampaikan dengan cara terbaik dan berkesan.
RUBRIK PENILAIAN DAN TAFSIRAN SKOR