FEEL FREE TO JOIN OUR FACEBOOK
( GURU PENDIDIKAN MUZIK )
RINGKASAN PROJEK
STANDARD KANDUNGAN :
3.0 Modul Kreativiti Muzik
3.1 Pengkaryaan Muzik
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid dapat menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi.
KRITERIA KEJAYAAN :
Murid dapat menghasilkan pelbagai bunyi sambil menyanyi lagu biji benih bercambah menggunakan bahan improvisasi mereka.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid menyanyikan lagu biji benih mengikut pic yang betul ( youtube https://youtu.be/HCplLFT5SqY ) dengan bimbingan guru.
2. Murid membunyikan alat muzik improvisasi secara bebas. (KONTEKSTUAL)
3. Murid mengikut guru membunyikan alat muzik improvisasi dengan iringan lagu biji benih.
4. Murid membuat persembahan berkumpulan secara bergilir-gilir dengan alat muzik improvisasi bersama iringan lagu biji benih.
TP 5 : Mengimprovisasi idea muzik dalam penciptaan corak irama mudah.
TP 6 : Mencipta dan mempersembahkan hasil ciptaan corak irama mudah.
RUBRIK PENGESANAN 6C
1. KREATIVITI
Dimensi : Mengambilkira dan melaksanakan pembelajaran yang kreatif melalui penggunaan bahan improvisasi
Berkembang : Murid mula keluar dari zon selesa dan berfikir di luar kotak bagi mengenal pasti dan menjana idea baru.
2. KOMUNIKASI
Dimensi : Perbezaan dan kepentingan komunikasi multimodal.
Berkembang : Murid menggunakan pelbagai mod komunikasi yang koheran secara kolaboratif dan kreatif.
3. SAHSIAH
Dimensi : Mempelajari cara belajar secara kolaboratif
Kemajuan : Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu melalui didik hibur.
4. KOLABORASI
Dimensi : Kemahiran interpersonal dan berkumpulan.
Berkembang : Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama.
RUBRIK PENILAIAN DAN TAFSIRAN SKOR
PELAPORAN