FEEL FREE TO JOIN OUR FACEBOOK
( GURU BAHASA MELAYU )
RINGKASAN PROJEK
STANDARD KANDUNGAN :
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid dapat bertutur menyampaikan maklumat dan idea melalui pelbagai tujuan.
Murid dapat menjelaskan proses tumbesaran tumbuhan dan dapat membuat rasional sekiranya peringkat tumbesaran tumbuhan diganggu
KRITERIA KEJAYAAN :
Murid dapat menyampaikan maklumat dan idea mengenai penanaman biji benih kacang hijau menjadi taugeh
Murid dapat memberi penerangan dan rasional tentang proses tumbesaran tumbuhan melalui penanaman biji benih menggunakan produk inovasi 'Ideal Box' hasil rekaan mereka.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid di dalam kumpulan, membentangkan bahan-bahan atau kaedah yang dgunakan untuk menghasilkan tanaman taugeh yang berkualiti.
2.Guru membimbing murid cara menyampaikan maklumat, respon dan membina ayat gramatis berkaitan topik.
3.Murid mencatat isi penting dalam buku aktiviti Peta I Think (Carta Alir) proses tumbesaran biji benih kacang hijau
4.Murid bersoal jawab dan memberi penerangan ringkas tentang keperluan asas tumbesaran pokok taugeh.
5. Murid bermain permainan interaktif Wordwall sebagai pengukuhan
6. Murid membuat refleksi kendiri dan rakan sebaya di dalam link padlet yang diberikan.
PENTAKSIRAN TP 5 : Memberikan respons terhadap pelbagai soalan, suruhan, dan pesanan serta menyampaikan maklumat dan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap terperinci.
RUBRIK PENGESANAN 6C
1. SAHSIAH
Dimensi : Belajar cara belajar
Kemajuan : Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu bagi memastikan pembelajaran lebih berkesan.
2. KOMUNIKASI
Dimensi : Perbezaan dan kepentingan komunikasi multimodal
Berkembang : Murid menggunakan pelbagai mod komunikasi supaya mesej yang dianalisis dapat
disampaikan dengan cara terbaik.
3. KOLABORATIF
Dimensi : Kemahiran interpersonal dan berkumpulan
Kemajuan : Murid menjelaskan bagaimana tanggungjawab mereka diterjemahkan dalam tugasan.
4. KEWARGANEGARAAN
Dimensi : Minat tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar.
Berkembang : Murid menghargai kepentingan alam sekitar dalam kelangsungan hidup
RUBRIK PENILAIAN DAN TAFSIRAN SKOR
PELAPORAN