FEEL FREE TO JOIN OUR FACEBOOK
( GURU PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL )
RINGKASAN PROJEK
STANDARD KANDUNGAN :
2.1 Kemahiran Seni dan Visual
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan menggunakan : i. teknik lipatan dan guntingan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan menggunakan teknik lipatan dan guntingan
KRITERIA KEJAYAAN :
Murid dapat membuat kesimpulan asas proses tumbesaran tumbuhan melalui penanaman biji benih kacang hijau menjadi taugeh
Murid dapat memberi penerangan dan rasional tentang proses tumbesaran tumbuhan melalui penanaman biji benih menggunakan produk inovasi 'Ideal Box' hasil rekaan mereka.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid diberi penerangan tentang projek yang akan dilaksanakan.
2. Berdasarkan penerangan, murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk binaan ‘Ideal Box’ ini secara berkumpulan
3. Murid mula merekabentuk dan membuat corak secara lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk membalut kotak rekaan yang ingin
dibina.
4. Murid membalut bahagian dalam kotak menggunakan banner terpakai yang bersifat kalis air untuk mengelakkan kotak basah dan koyak.
PENTAKSIRAN TP 5 : Menentukan penggunaan bahasa seni visual, media, teknik dan proses yang sesuai dalam aktiviti penerokaan.
PENTAKSIRAN TP 6 : Menjana idea kreatif dalam aktiviti penerokaan
RUBRIK PENGESANAN 6C
1. KREATIVITI
Dimensi : Mengambilkira , melaksanakan idea dan pembelajaran baharu.
Berkembang : Murid mula keluar dari zon selesa dan berfikir di luar kotak bagi mengenal pasti dan
menilai idea baru merekabentuk 'Ideal Box' secara berkumpulan.
2. KOMUNIKASI
Dimensi : Perbezaan dan kepentingan komunikasi multimodal.
Berkembang : Murid menggunakan pelbagai mod komunikasi supaya mesej yang dianalisis dapat disampaikan dengan
cara terbaik dan berkesan.
3. SAHSIAH
Dimensi : Mempelajari cara belajar secara kolaboratif
Kemajuan : Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu.
4. KOLABORASI
Dimensi : Kemahiran interpersonal dan berkumpulan.
Berkembang : Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama.
RUBRIK PENILAIAN DAN TAFSIRAN SKOR
PELAPORAN