FEEL FREE TO JOIN OUR FACEBOOK
( GURU MATEMATIK )
RINGKASAN PROJEK
STANDARD KANDUNGAN :
6.1 Panjang
6.2 Jisim
STANDARD PEMBELAJARAN :
6.1.1 Mengenal Unit Panjang
6.1.2 Mengukur Panjang
6.1.3 Menganggar Panjang
6.2.1 Mengenal Unit Jisim
6.2.2 Menimbang Objek
6.2.3 Menganggar Jisim
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid boleh mengenal unit sentimeter dan meter, mengukur dan menandakan jarak dan menganggar jarak objek dalam sentimeter dan bandingkan anggaran dengan ukuran sebenar.
Murid boleh mengenal unit kilogram dan unit gram dengan memerhati senggatan pada alat penimbang. Mengenal, menimbang dan menganggar jisim dalam unit gram dan kilogram dan membandingkan dengan timbangan sebenar.
KRITERIA KEJAYAAN :
Murid dapat menulis ukuran panjang yang diberi dalam sentimeter dan meter dengan menggunakan simbol cm dan m.
Melakar dan melukis garis lurus mengikut ukuran yang diberi dalam unit cm dan m dalam ideal box yang dibina.
Menulis jisim yang diberi dalam gram dan kilogram dengan menggunakan simbol g dan kg.
Menimbang, merekod dan menganggar jisim objek dalam unit gram dan bandingkan anggaran dengan timbangan sebenar.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1.Murid melaksanakan aktiviti mengukur dan menandakan jarak dalam unit sentimeter pada kotak 'Ideal Box' yang telah dibina.
2.Murid menandakan jarak dengan menggunakan unit sentimeter
3.Murid mencatat ukuran tinggi taugeh yang bercambah.
5. Murid menjawab soalan kuiz melalui permainan interaktif Quizzes dan Wordwall sebagai aktiviti pengukuhan
6. Murid membuat refleksi kendiri dan rakan sebaya di dalam link padlet yang diberikan.
RUBRIK PENGESANAN 6C
1. KREATIVITI
Dimensi : Mengambilkira , melaksanakan idea melalui penyelesaian masalah matematik.
Berkembang : Murid mula keluar dari zon selesa dan berfikir di luar kotak bagi mengenal pasti dan
menilai idea baru.
2. KOMUNIKASI
Dimensi : Perbezaan dan kepentingan komunikasi multimodal.
Berkembang : Murid menggunakan pelbagai mod komunikasi yang koheran secara kolaboratif
3. SAHSIAH
Dimensi : Mempelajari cara belajar secara kolaboratif
Kemajuan : Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu.
4. KOLABORASI
Dimensi : Kemahiran interpersonal dan berkumpulan.
Berkembang : Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama.
RUBRIK PENILAIAN DAN TAFSIRAN SKOR
PELAPORAN