PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SENADA dengan penuh amanah serta bertanggungjawab berjanji akan:

• Memastikan semua murid dan pelanggan menerima layanan yang saksama selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

• Peka dan responsif terhadap segala keperluan pelanggan secara berterusan serta sentiasa bersedia membantu apabila mereka berurusan dengan sekolah.

• Memastikan pelanggan diberi layanan yang mesra, berhemah dan cepat serta berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

• Memastikan semua surat rasmi diambil tindakan dengan kadar segera.

• Sentiasa peka dan bersedia menerima cadangan yang membina daripada semua pihak.

• Sentiasa mengalu-alukan kehadiran ibu bapa atau waris murid ke sekolah untuk berbincang secara syura.