KURIKULUM

DINAMIK.YAKIN.INOVASI

KURIKULUM


MATLAMAT KURIKULUM

Unit Kurikulum SK Saujana Impian 2 memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

OBJEKTIF KURIKULUM

1. Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan.

2. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan menekankan penggunaan KBAT dan i-THINK.

3. Membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa ketiga.

5. Melahirkan murid yang bersahsiah, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.

6. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.

7. Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan ketetapan,perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

8. Memantapkan pengurusan mata pelajaran kearah meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

9. Mengukuhkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru melalui pemantauan berterusan, coaching dan komuniti pembelajaran professional (PLC).