HAL EHWAL MURID

DINAMIK.YAKIN.INOVASI

HAL   EHWAL  MURID

MATLAMAT HEM

Unit Hal Ehwal Murid SK Saujana Impian 2 memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan bagi melahirkan insan yang berdisiplin, jati diri, patuh dan taat serta daya saing dari segi mental, fizikal dan emosi kearah pembinaan akhlak dan sahsiah terpuji.

OBJEKTIF HAL EHWAL MURID

1. Mengukuhkan dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kalangan murid.

2. Memantapkan kemahiran berfikir secara jitu dalam kalangan murid semasa mengambil tindakan dan penyelesaian.

3. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam aktiviti.

5. Melahirkan murid yang bersahsiah, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan Negara menjadi insan yang berakhlak.

6. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.

7. Meningkatkan kualiti pengurusan HEM dari segi pematuhan ketetapan,perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan HEM.

8. Meningkatkan kualiti pengurusan disiplin dengan memastikan disiplin diurus bagi membentuk sikap dan perlakuan positif murid.

9. Meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu dan membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum sahsiah dan kerjaya.

10. Meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan untuk memastikan

kesejahteraan murid.