UCAPAN DARIPADA PENTADBIR SENADA
BENDERA SENADA DIPUNCAK KINABALU
CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA
Assalamualaikum semua, Murid-murid yang ingin menyertai Kejohanan Akuatik Peringkat Negeri Selangor 2026 boleh pm Cikgu ROSZITA. Syarat peserta mesti Mempunyai coach, tkasih.
Salam Malaysia Madani dan Salam SENADA.
Tuan/puan boleh kemukakan usul untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 menggunakan link GF berikut :
https://forms.gle/aFj68xCGk4hbjw7g6
Tarikh akhir kemukakan usul ialah 20/2/2026.
Sekian, terima kasih.
-Urusetia PIBG-
🪷SEMARAK BAHASA🪷
Bulan Panitia Bahasa Melayu SENADA 2026
🗓 9 Februari – 6 Mac 2026
Mari bersama-sama menyemarakkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti menarik dan berperingkat yang mencungkil bakat serta meningkatkan penguasaan bahasa murid.
📌 Penyertaan mengikut tahun masing-masing.
📌 Ayuh serlahkan bakat, asah keyakinan dan cintai Bahasa Melayu!
Menyemai Bahasa, Menuai Prestasi
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
SENADA Hunters ingin menjemput murid-murid SENADA utk menyertai latihan SENADA Rugby 2026.
Pada tahun lepas, SENADA telah menyertai beberapa kejohanan di peringkat daerah dan kebangsaan yg mana telah membantu murid-murid dalam PAJSK.
In shaa Allah, pada tahun ini kita akan mengulangi penyertaan dan melakar kejayaan di samping pembentukan sahsiah melalui sukan.
Sesi latihan akan diadakan pada setiap Sabtu (8 - 10 pg) dan Ahad (4.30 - 6 ptg) di Pdg SENADA. Latihan terbuka kpd tahap 1 dan 2.
Ayuh..para pelari dan pemain utk merancakkan ragbi di SENADA.Hubungi cikgu Mohd Zaki untuk maklumat lanjut.
"Go..Go..Hunters"
Makluman kepada ibubapa/penjaga yang belum mengambil wang BAP.
🌷Boleh menuntut BAP di pejabat sekolah mengikut ketetapan waktu berikut:
Isnin-Khamis : 8.30- 12.30.
2.30-4.30.
Jumaat. : 8.30-12.00.
3.00-4.30.
🌷Wang BAP ini mesti dituntut sebelum 9/2/2026. (4 hari lagi)
🌷Selepas tarikh tersebut wang yang tidak dituntut akan dikembalikan kepada akaun kerajaan.
Digalakkan untuk menghubungi pejabat di talian 03 8733 9008 untuk temujanji. Terima kasih.
PK HEM
SK Saujana Impian 2
CUTI HARI THAIPUSAM
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
📚✨ PROGRAM JOM BACA DAN REKOD BUKU 2026✨📚
Jom semarakkan budaya membaca warga SK SAUJANA IMPIAN 2!
Kumpul bahan bacaan, naikkan tahap bintang dan cipta kejayaan bersama.
Murid boleh merekodkan bahan bacaan masing-masing melalui laman sesawang AINS.
Mungkinkah anda ikon membaca yang dicari ?
Jangan lepaskan peluang ini! Hadiah menarik menanti anda!!
https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/
MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa SK Saujana Impian 2 akan mengadakan Kejohanan Merentas Taman Madani 2026 seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 30 Januari 2026 | Jumaat
⏰ Masa:
7.30 - 12.20 tengah hari (Tahap 1 & 2 - persekolahan 1 sesi)
👕 Pakaian: Baju Rumah Sukan, tudung sekolah (perempuan) dan kasut sukan dibenarkan.
📌 Perhatian:
✅ Pastikan anak-anak makan ringan sebelum hadir ke sekolah.
✅ Murid digalakkan membawa air minuman secukupnya.
✅ Murid yang tidak sihat diminta untuk memaklumkan segera kepada guru kelas atau guru bertugas.
✅ Surat kebenaran waris, hendaklah diserahkan selewat-lewatnya Khamis 29 Januari 2026.
✅ Semua murid akan pulang pada pukul 12.20 tengah hari .
Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.
PENGENALAN TREK
MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN
Majlis Pelancaran NILAM & Program Galakan Membaca Peringkat Sekolah dibawa secara langsung menerusi Facebook Pusat Sumber SENADA ( PeRSADA).
Jom bersama kami!
https://www.facebook.com/share/v/17Vntyvgy9/
PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM SEKOLAH
🕌BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN SOLAT DHUHA🕌
Tarikh : 16 Jan 2026
Hari : Jumaat
Masa : 7.30-8.30 pagi
Tempat : Arena Senada
✅wudhu dari rumah
✅murid perempuan bawa bersama telekung