Assalammualaikum dan salam sejahtera.
📚✨ PROGRAM JOM BACA DAN REKOD BUKU 2026✨📚
Jom semarakkan budaya membaca warga SK SAUJANA IMPIAN 2!
Kumpul bahan bacaan, naikkan tahap bintang dan cipta kejayaan bersama.
Murid boleh merekodkan bahan bacaan masing-masing melalui laman sesawang AINS.
Mungkinkah anda ikon membaca yang dicari ?
Jangan lepaskan peluang ini! Hadiah menarik menanti anda!!
MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa SK Saujana Impian 2 akan mengadakan Kejohanan Merentas Taman Madani 2026 seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 30 Januari 2026 | Jumaat
⏰ Masa:
7.30 - 12.20 tengah hari (Tahap 1 & 2 - persekolahan 1 sesi)
👕 Pakaian: Baju Rumah Sukan, tudung sekolah (perempuan) dan kasut sukan dibenarkan.
📌 Perhatian:
✅ Pastikan anak-anak makan ringan sebelum hadir ke sekolah.
✅ Murid digalakkan membawa air minuman secukupnya.
✅ Murid yang tidak sihat diminta untuk memaklumkan segera kepada guru kelas atau guru bertugas.
✅ Surat kebenaran waris, hendaklah diserahkan selewat-lewatnya Khamis 29 Januari 2026.
✅ Semua murid akan pulang pada pukul 12.20 tengah hari .
Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.
Majlis Pelancaran NILAM & Program Galakan Membaca Peringkat Sekolah dibawa secara langsung menerusi Facebook Pusat Sumber SENADA ( PeRSADA).
Jom bersama kami!
📚 JUALAN BUKU 📚
Sempena Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Galakan Membaca 2026
🗓 Hari : Selasa
📆 Tarikh : 27 Januari 2026
📍 Tempat : Anjung SENADA
⏰ Masa : Waktu Rehat
📌 Murid dibenarkan membawa wang untuk membeli buku ya g diminati.
Sekian, terima kasih.
#membacaamalanmulia
Unit PSS SENADA
PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM SEKOLAH
🕌BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN SOLAT DHUHA🕌
Tarikh : 16 Jan 2026
Hari : Jumaat
Masa : 7.30-8.30 pagi
Tempat : Arena Senada
✅wudhu dari rumah
✅murid perempuan bawa bersama telekung