Termokimia ialah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia.
Semasa tindak balas kimia, tenaga kimia yang terkandung dalam bahan tindak balas ditukarkan kepada bentuk lain, lazimnya tenaga haba.
Terdapat dua jenis tindak balas kimia iaitu:
Tindak balas endotermik
Tindak balas eksotermik
Tindak balas endotermik ialah tindak balas kimia yang menyerap tenaga haba dari persekitaran.
Contoh:
Membakar kek
Fotosintesis
Ekstrak besi daripada bijih besi
Melarutkan garam ammonium dalam air
Tindak balas eksotermik ialah tindak balas kimia yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran.
Contoh:
Pembakaran kertas
Letupan bom
Respirasi
Peneutralan asid dengan alkali
Pek sejuk segera digunakan untuk menyerap haba daripada persekitaran.
Haba yang diserap oleh pek sejuk segera ini dapat mengurangkan bengkak luka, menyingkirkan haba daripada keradangan tisu atau organ badan dan mengurangkan saiz lumen di dalam kapilari darah supaya kadar peredaran darah yang melaluinya menurun dan membantu menghentikan pendarahan.
Pek panas segera digunakan untuk membebaskan haba ke kawasan persekitarannya.
Haba yang dibebaskan oleh pek panas segera ini dapat melegakan kekejangan otot dan menambah saiz lumen di dalam kapilari darah supaya kadar peredaran darah yang melaluinya meningkat.