Manusia terdedah kepada pelbagai jenis rangsangan setiap hari, tanpa disedari.
Contohnya, apabila cuaca panas, badan akan mula berpeluh. Sama juga apabila lelaki terjumpa perempuan yang cantik, pandangan akan berpusing 180°
Rangsangan pagi dan malam
Rangsangan ialah sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
Contohnya perubahan waktu daripada siang ke malam. Perubahan cahaya akan diterima oleh mata.
Gerak balas adalah tindakan badan terhadap rangsangan itu.
Misalnya apabila gelap (rangsangan) kita akan membuka lampu (gerak balas).
Gerak balas dalam badan dikawal oleh sistem saraf kita.
Sistem saraf manusia
Sistem saraf terdiri daripada 2 komponen:
Sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang
Saraf periferi
mengesan rangsangan menggunakan deria.
menghantar maklumat dalam bentuk impuls
mentafsir impuls
menghasilkan gerak balas yang sesuai
Rangsangan yang boleh dikesan oleh reseptor kita, contohnya kelekitan cecair di sebelah.
Reseptor adalah deria yang menerima rangsangan, contohnya kulit di jari kita.
Reseptor atau afektor akan menghantar impuls saraf kepada sistem saraf seperti ditunjukkan di gambar sebelah.
Impuls saraf adalah isyarat elektrik yang dihantar melalui sistem saraf ke seluruh badan.
Sistem saraf pusat akan menerima rangsangan tadi yang dihantar oleh afektor melalui impuls saraf.
Sistem saraf pusat akan mentafsir rangsangan tersebut dan menghasilkan gerak balas yang sesuai.
Sistem saraf pusat akan menghantar isyarat kepada efektor melalui impuls saraf.
Efektor adalah organ yang terlibat dengan gerak balas kita, seperti otot dan kelenjar.
Efektor menerima tindakan daripada sistem saraf pusat dan menghasilkan gerak balas.
Setelah menerima arahan daripada sistem saraf pusat, eketor akan menghasilkan tindak balas.
Contoh tindak balas di sebelah.
Rangsangan yang dikesan oleh sistem saraf akan menghasilkan dua jenis gerak balas, iaitu:
Tindakan yang dilakukan dalam keadaan sedar dan mengikut kehendak seseorang.
Tindakan ini dikawal oleh otak.
Contoh seperti membaca nota ini, abaikan arahan guru masuk kelas dan main permainan video.
Tindakan yang berlaku tanpa disedari dan tidak dikawal oleh kehendak seseorang.
Dikawal oleh saraf tunjang.
Contoh: Bernafas, menguap dan bersin.
Membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan cekap dan lancar seperti bersenam
Membolehkan badan bertindak balas dengan ransangan bagi melakukan suatu tugasan seperti menghantar reply kepada kekasih setelah mendapat notifikasi di telefon
Mengesan ketidakstabilan keadaan dalam badan seperti kekurangan oksigen selepas bersenam
Mendapatkan rehat yang secukupnya seperti menguap apabila mengantuk
Mengelakkan kecederaan seperti mengalihkan tangan apabila tersentuh objek panas
Anda diminta lukis satu aliran berkenaan tindakan terkawal dan tidak terkawal. Contoh aliran diberikan. Pilih salah satu situasi bagi tindakan terkawal dan tindakan luar kawal:
Tindakan terkawal:
1. Terhidu bau gas di dapur
2. Air menitik di badan daripada langit
3. Bilik gelap
Tindakan luar kawal
1. Berpeluh akibat cuaca panas
2. Kaki tercucuk paku
3. Tangan apabila terpegang kuali panas
Sila nyatakan organ mana yang terlibat pada afektor dan efektor