Manusia mempunyai 5 deria. Deria ialah keupayaan untuk mengesan rangsangan melalui sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.
Organ-organ deria manusia ialah:
Peka terhadap bahan kimia dalam makanan
Peka terhadap sentuhan
(kalau single apa boleh buat)
Peka terhadap cahaya
Peka terhadap bunyi
Peka terhadap bahan kimia dalam udara
Secara kasarnya, mata terdiri daripada iris, kornea dan pupil.
Penglihatan akan berlaku apabila cahaya daripada suatu objek masuk ke dalam mata kita.
Retina mengandungi dua jenis fotoreseptor, iaitu sel rod dan sel kon
Sel rod peka kepada keamatan cahaya yang berbeza termasuklah cahaya yang samar tetapi tidak peka kepada warna cahaya.
Sel kon peka kepada warna cahaya dalam keadaan yang cerah
Terdapat tiga jenis sel kon, iaitu sel kon yang peka kepada cahaya merah, hijau dan biru.
Sinar cahaya dari objek memasuki mata melalui kornea, diikuti oleh gelemair, kanta mata dan gelemaca sebelum sampai ke retina.
Semua bahagian mata ini akan memfokuskan sinar cahaya dari objek ke retina.
Sinar cahaya akan merangsang fotoreseptor untuk menghasilkan impuls saraf dan dihantar ke otak.
Otak akan mentafsirkan impuls saraf tersebut.
Imej yang kecil dan dalam keadaan terbalik pada retina akan kelihatan tegak.
Telinga digunakan untuk kita mendengar.
Telinga juga berfungsi dalam mengawal keseimbangan tubuh badan kita.
Telinga manusia terdiri daripada telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
BAHAGIAN TELINGA MANUSIA DAN FUNGSINYA
Struktur: Cuping telinga
Fungsi: Mengumpul dan menghantar gelombang bunyi ke dalam salur telinga
Struktur: Salur telinga
Fungsi: Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga
Struktur: Gegendang telinga
Fungsi: Bergetar mengikut frekuensi gelombang bunyi yang terkena padanya dan memindahkan getaran ke osikel
Struktur: Osikel
Fungsi: Menguatkan getaran bunyi lalu memindahkannya ke jendela bujur
Struktur: Jendela bujur
Fungsi: Mengumpul dan menghantar getaran bunyi dari osikel ke koklea
Struktur: Tiub Eustachio
Fungsi: Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga
Struktur: Koklea
Fungsi: Mengesan dan menukar getaran bunyi kepada impuls saraf
Struktur: Salur separuh bulat
Fungsi: Mengesan kedudukan kepala dan membantu mengawal keseimbangan badan
Struktur: Saraf auditori
Fungsi: Menghantar impuls saraf dari koklea ke otak untuk ditafsirkan
Hidung ialah organ deria bau.
Bau merupakan bahan kimia yang wujud dalam udara.
Lebih kurang 10 juta sel deria bau terletak di bahagian atas rongga hidung.
Sel deria bau amat halus dan diselaputi dengan lapisan mukus.
Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam lapisan mukus ini dan merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf
Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsirkan dan seterusnya ditentukan jenis bau.
Lidah ialah organ deria rasa.
Terdapat bintik kecil yang dikenali sebagai papila pada permukaan lidah.
Permukaan papila pula dilapisi oleh beratus-ratus tunas rasa.
Setiap tunas rasa pula mengandungi 10 hingga 50 reseptor rasa.
Reseptor rasa ini dapat mengesan lima jenis rasa asas, iaitu manis, masin, masam, pahit dan umami.
STRUKTUR LIDAH MANUSIA
dikelaskan sebagai rasa asas kerana terdapat reseptor rasa yang dapat mengesan rasa umami sahaja
Hal ini sama bagi rasa asas yang lain seperti manis, masin, masam dan pahit.
Rasa umami dikaitkan dengan rasa lazat seperti rasa daging dalam sup atau rasa bahan penapaian seperti keju dan cendawan atau mononatrium glutamat (monosodium glutamate, MSG).
Haiyaa where is your MSG?
Semasa makanan dikunyah, sebahagian atau semua bahan kimia dalam makanan lazimnya melarut dalam air liur.
Bahan kimia terlarut ini akan meresap ke dalam tunas rasa melalui liang dan merangsang reseptor rasa di dalamnya untuk menghasilkan impuls saraf.
Impuls saraf ini kemudiannya dihantar ke otak dan ditafsirkan sebagai rasa manis, masin, masam, pahit, umami atau kombinasi rasa asas ini.
Semua kawasan pada lidah adalah peka terhadap kelima-lima rasa. Akan tetapi, kawasan yang berbeza pada lidah mempunyai kepekaan yang berlainan terhadap rasa tertentu.
Kawasan hadapan lidah lebih peka kepada rasa manis.
Kawasan bahagian tepi lidah lebih peka kepada rasa masam dan masin.
Kawasan di bahagian belakang lidah lebih peka kepada rasa pahit.
Kawasan di bahagian tengah lidah pula lebih peka kepada rasa umami.
Kulit ialah organ deria yang paling besar dalam badan manusia.
Kulit manusia terdiri daripada lapisan nipis di bahagian luar yang dikenali sebagai epidermis dan lapisan dalam yang dikenali sebagai dermis.
Kulit mempunyai lima jenis reseptor yang mengesan rangsangan yang berbeza pada kedudukan yang berbeza.
Apabila reseptor pada kulit dirangsangkan, impuls saraf dihasilkan lalu dihantar melalui sistem saraf ke otak untuk ditafsirkan dan menghasilkan gerak balas yang sesuai.
Kepekaan kulit terhadap rangsangan bergantung pada bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit.
Contohnya, hujung jari sangat peka terhadap sentuhan kerana di hujung jari terdapat bilangan reseptor sentuhan yang banyak dan epidermis yang nipis. Lidah, hidung dan bibir juga sangat peka terhadap sentuhan.
Siku, tapak kaki dan belakang badan pula kurang peka terhadap sentuhan.