Logam tulen perlu diekstrak daripada bijih galiannya yang berbentuk batu, dan proses ini dinamakan sebagai pengekstrakan logam.
Pengekstrakan logam ialah proses untuk memperoleh sesuatu logam daripada bijihnya.
Pengekstrakan logam besi daripada bijihnya dilakukan di dalam relau bagas.
Campuran bijih besi atau oksida besi yang dipekatkan, arang kok (karbon) dan batu kapur (kalsium karbonat) dimasukkan ke dalam relau bagas melalui bahagian atas relau bagas.
Semburan udara yang sangat panas dipamkan ke dalam relau bagas melalui bahagian bawah relau bagas untuk mencapai suhu pembakaran sekitar 1300°C hingga 1900°C.
Pengekstrakan besi di dalam relau bagas
Bijih besi dileburkan pada suhu yang tinggi dan tindak balas penurunan berlaku pada suhu yang tinggi.
Besi oksida + Karbon → Besi + Karbon dioksida
Besi tulen akan mendap di bawah sanga dan keluar mengalir terasing.
Timah juga diekstrak dengan cara yang sama seperti besi, dibakar dalam relau bagas bersama bijih timah, arang kok dan batu kapur.
Bijih timah dileburkan pada suhu yang tinggi dan tindak balas penurunan berlaku pada suhu yang tinggi.
Timah oksida + Karbon → Timah + Karbon dioksida
Timah tulen akan mendap di bawah sanga dan keluar mengalir terasing.
Sanga dihasilkan daripada proses peleburan tadi.
Sanga merupakan campuran batu kapur (kalsium karbunat) dan bahan lain yang terdapat dalam relau bagas tadi.
Kalsium karbonat → kalsium oksida + karbon dioksida
Kalsium oksida + silikon dioksida → kalsium silikat
Sanga akan mengalir terasing dengan besi kerana sanga kurang tumpat daripada besi dan akan berada di atas larutan besi.
Pemusnahan habitat akibat pembinaan lombong
Banjir lumpur
Penyahhutanan
Hakisan tanah