Haiwan perlu peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitarannya untuk memastikan kemandirian spesies (melindungi diri, mencari sumber makan, habitat dan sebagainya).
Haiwan mempunyai dua jenis penglihatan iatitu penglihatan stereoskopik dan monokular.
Kedua-dua mata berada di hadapan kepala.
Medan penglihatan mata bertindih dengan banyak, imej di kawasan yang bertindih dilihat dalam tiga dimensi.
Medan penglihatan yang lebih sempit.
Pengganggaran jarak adalah tepat.
Kebanyakannya ialah haiwan pemangsa.
Contoh haiwan: Harimau, helang, serigala
Satu mata berada di setiap sisi kepala.
Medan penglihatan mata tidak bertindih atau bertindih sedikit sahaja, kebanyak imej adalah dalam dua dimensi.
Medan penglihatan yang lebih luas.
Pengganggaran jarak adalah kurang tepat.
Kebanyakan ialah haiwan mangsa.
Contoh haiwan: Arnab, lembu, ayam
Pendengaran stereofonik ialah pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah telinga.
Pendengaran stereofonik membolehkan kita menentukan arah bunyi dengan tepat.
Kebanyakan haiwan mangsa mempunyai penglihatan monokular.
Kepentingan pendengaran stereofonik bagi manusia adalah untuk menentukan lokasi sumber bunyi.
Pendengaran stereofonik membantu haiwan pemangsa untuk menentukan lokasi mangsanya.
Sebaliknya, pendengaran stereofonik juga membantu haiwan mangsa untuk menentukan lokasi pemburu dan melarikan diri daripadanya.
Apabila bunyi sampai ke telinga pada masa yang sama, otak dapat mengesan kedudukan sumber bunyi hadapan.
Apabila bunyi sampai ke telinga sebelah dahulu, otak akan mengesan bahawa sumber bunyi datang dari arah yang dikesan oleh telinga terdahulu berbanding telinga yang lambat menerima bunyi.
200 – 80 000 Hz
2 000 – 110 000 Hz
67 – 45 000 Hz
450 – 50 000 Hz
40 – 100 000 Hz
16 – 12 000 Hz
Feromon adalah hormon yang dirembeskan oleh serangga jantan untuk menarik perhatian serangga betina untuk mengawan.
Garis lateral pada ikan dapat mengesan arus air di persekitarannya, dan membolehkan mengesan mangsa atau mengelak daripada pemangsa.
Belut elektrik mengeluarkan arus elektrik untuk mengangkap mangsanya atau melindungi dirinya daripada pemangsa.