Pada awalnya SMK Datuk Haji Abdul Kadir dikenali sebagai Kepala Batas Secondary School. Merupakan satu-satunya sekolah menengah aliran Inggeris di kawasan Kepala Batas. Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1961, jumlah pelajar hanya seramai 142 pelajar. Kemudian jumlahnya bertambah kepada 437 pada tahun 1963. Pada tahun tersebut para pelajarnya terdiri daripada 230 pelajar Melayu lelaki dan 120 pelajar Perempuan, 34 pelajar Cina lelaki dan 14 pelajar Cina perempuan. Manakala pelajar India pula seramai 28 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Terdapat juga seorang pelajar lelaki berketurunan Siam.
Sekolah ini bermula dengan 13 buah kelas. Kelas-kelas tersebut teriri daripada Tingkatan 1 : 3 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 3 kelas aliran Bahasa Melayu, Tingkatan 2 : 4 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 1 kelas Bahasa Melayu, Tingkatan 3 : 4 kelas aliran Bahasa Inggeris, Tingkatan 4 : 2 kelas aliran Bahasa Inggeris. Dari segi akademik untuk pertama kalinya seramai 78 calon menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1963. Sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Hassan. Perasmian sekolah telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato’ Musa Hitam (Menteri Pendidikan ketika itu) pada hari Rabu, 24 September 1980.
Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 2 blok bangunan sahaja iaitu blok Muhibbah dan kantin. Blok Muhibbah menempatkan sebuah pejabat, sepuluh buah kelas, sebuah makmal dan empat buah tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.
Antara pembaharuan yang ketara di SMK Datuk Haji Abdul Kadir terdapat makmal komputer, pusat sumer sekolah, pusat akses, surau, dewan, kemudahan capaian Internet dan asrama yang boleh menampung seramai 150 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan. Sekarang terdapat seramai 86 orang guru dan 16 orang staf sokongan yang bertugas di sekolah ini. Jumlah pelajar pula sebanyak 1036 orang. Pada ketika ini, Pusat Sumber Sekolah ditempatkan di tingkat tiga bangunan pentadbiran atau lebih dikenali sebagai Blok Bakawali.
Pada tahun 2018 Pusat Sumber Sekolah telah berpindah ke bangunan Angsana di tingkat satu yang dahulunya adalah blok Pra Universiti. Dengan perubahan lokasi yang lebih strategik ini menjadikan Pusat Sumber Sekolah kini menjadi lebih ceria dan makmur dengan kehadiran pelajar yang lebih ramai pada waktu rehat. Malah Pusat Sumber Sekolah kini mengorak langkah ke arah pendigitalan pusat sumber dengan penerbitan Pusat Sumber Digital SMK Datuk Haji Abdul Kadir pada tahun 2022.
Guru Perpustakaan dan Media
Guru Penyelaras Nilam
Guru Penyelaras ICT
Guru Pengawas Pusat Sumber
Ketua Pengawas PSS
Timbalan Ketua Pengawas PSS
@ Hak cipta Pusat Sumber SMK Datuk Hj Abdul Kadir