Sistem perekodan yang lama adalah dengan menggunakan Buku Nilam yang dibeli daripada Koperasi Sekolah. Buku ini di gunakan untuk merekod pembacaan pelajar. Sistem ini memerlukan para guru untuk bersama-sama untuk menggembleng tenaga dan menyemak dan mengira jumlah buku setiap pelajar setiap bulan.
Sistem iNilam memerlukan pelajar untuk mengisi maklumat bacaan secara digital. Pelajar boleh mengisi maklumat bahan bacaan menggunakan komputer yang tersedia di Pusat Akses atau melalui telefon pintar masing-masing. Penggunaan sistem ini amat memberansangkan. Data dapat dilihat secara Real Time dan menjimatkan masa. Malah, tindakan pantas dapat diambil jika guru mendapati pelajar masih tidak mencukupkan target bacaan bahan. Langkah-langkah kontigensi seperti membuat pengisian rekod bacaan nilam waktu PdPc dapat dijalankan. Kelebihan tidak terhenti disitu sahaja. Melalui iNilam, pelajar turut dapat melihat prestasi rakan-rakan dan mereka bersaing untuk menjadi pembaca terbanyak. Hasilnya, lebih ramai pelajar yang berjaya mencapai satu bintang Nilam dalam tempoh sebulan.Â
@ Hak cipta Pusat Sumber SMK Datuk Hj Abdul Kadir