NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang telah diperkenalkan bagi merekod bacaan tambahan pelajar yang amat penting untuk membanci jumlah bacaan remaja Malaysia. Sebelum 2024, PSS DHAK menggunakan sistem perekodan iNILAM untuk mengutip data pembacaan pelajar. Kini sistem ini telah beralih kepada AINS (Advanced Intergrated NILAM System) yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Apa itu AINS NILAM
AINS NILAM ialah aplikasi mudah alih untuk merekod bahan bacaan murid secara digital, menggantikan sistem manual NILAM yang digunakan sejak 1999. Melalui Advance Integrated Nilam System ini, rekod bacaan boleh dipantau oleh guru, pentadbir, PPD, JPN dan KPM dari peringkat kelas hingga kebangsaan.
Aplikasi ini juga menawarkan permainan, penilaian, serta cadangan bahan bacaan. Murid boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus mendorong mereka untuk terus membaca.
Melalui dashboard AINS NILAM, ibu bapa, guru dan pihak berkaitan dapat memantau prestasi bacaan murid secara menyeluruh. Ini membantu membudayakan amalan membaca dan menyumbang kepada pembangunan intelektual negara.
Cara Login AINS NILAM
Berikut ialah cara login AINS NILAM yang boleh diikuti oleh murid:
Layari laman web rasmi AINS di: https://ains.moe.gov.my/
Klik pada butang “LOG MASUK dengan DELIMa”.
Pilih akaun DELIMa anda yang dipaparkan atau klik “Gunakan akaun lain” jika tiada dalam senarai.
Masukkan ID DELIMa anda (contoh: m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my) dan klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan DELIMa, kemudian klik “Seterusnya”.
Klik “Teruskan” untuk melengkapkan proses log masuk.
Anda kini telah berjaya log masuk ke sistem AINS NILAM.
Cara Rekod Bacaan Online Dalam AINS NILAM
Berikut adalah cara untuk merekod bahan bacaan secara online melalui AINS NILAM:
1. Log Masuk AINS
Layari: https://ains.moe.gov.my/login
Gunakan ID DELIMa anda (contoh: m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my)
2. Pilih AINS
Klik pada ikon AINS selepas log masuk.
3. Pilih Sumber Bacaan
Terdapat 3 jenis sumber bacaan yang boleh dipilih:
Buku / e-Buku
Sumber Digital
Artikel / Jurnal / Lain-lain
4. Isi Maklumat Diperlukan
Lengkapkan ruangan bertanda * seperti:
Tajuk
Jenis bacaan
Penulis
Penerbit
Bahasa
5. Tulis Rumusan dan Pengajaran
Rumusan: Sekurang-kurangnya 10 patah perkataan
Pengajaran: Sekurang-kurangnya 5 patah perkataan
6. Muat Naik Gambar Buku
Upload gambar buku yang dibaca.
Pastikan semua maklumat lengkap, kemudian klik Hantar.
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
Mari Membaca Dan Merekod Nilam
Selaras dengan pemerkasaan Nilam, PSS ingin menggalakkan pelajar-pelajar untuk membaca buku sama ada buku dari PSS atau buku di rak maya sekolah kita iaitu:
Ada 177 buah buku di rak maya sekolah termasuk 50 buku Bahasa Inggeris.
Setelah membaca, sila isi maklumat bahan yang telah anda baca dalam link applikasi iNilamKadiaq:
Dr
https://www.appsheet.com/start/8dcf4eb5-a645-44ac-b99c-eda6d8720149
Turut disertakan adalah video cara mengisi bacaan nilam dalam aplikasi iNilam. Atau anda boleh menonton tutorial pengisian bacaan nilam di:
https://vt.tiktok.com/ZS8n2Cspk/
Sasaran kita pada bulan ini adalah sebanyak 5 bahan bacaan. Diharapkan para pelajar dapat mencapai sasaran ini. Jika anda tidak mempunyai peranti, jangan risau, sila hadir ke PSS dan anda boleh mengisi data menggunakan komputer di Bilik Akses.
Kelas yang mempunyai bilangan bacaan tertinggi akan menerima hadiah galakan daripada PSS. Selamat BerNilam.
🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁
@ Hak cipta Pusat Sumber SMK Datuk Hj Abdul Kadir