Sistem perekodan manual ini kerap kali tidak diisi oleh pengguna. Antara faktor perekodan ini tidak diisi secara konsisten adalah kerana menulis maklumat diri memakan masa yang agak lama. Ini membuatkan pelajar malas untuk mencatatkan maklumat diri sewaktu memasuki Pusat Sumber. Secara purata, seorang pengguna mengambil masa seminit untuk mengisi maklumat diri dalam Buku Rekod Penggunaan ini.
Bermula Oktober 2022, PSS SMK Datuk Haji Abdul Kadir mula menggunakan Sistem Rekod Penggunaan secara imbas kad. Sistem ini berjaya merekod dengan berkesan daripada 30 rekod kemasukan kepada 1000 imbas sebulan.
Sistem ini dapat merekod 60 pengguna dalam satu minit menjadikan sistem ini adalah antara sistem rekod penggunaan terbaik dalam sejarah penubuhan PSS sekolah ini.
Perisian ini dibangunkan menggunakan Microsoft Excel kerana sistem ini tidak memerlukan jaringan Internet. Oleh yang demikian, sistem ini jarang gagal kerana waima jaringan Internet lemah atau terputus sekalipun, ia tidak akan menjejaskan sistem perekodan penggunaan PSS.
Sistem ini dapat merekod nama, kelas, tarikh dan masa pengguna memasuki PSS. Pelajar yang masuk tidak dapat menyamar sebagai pelajar tingkatan lain sewaktu masuk diluar waktu rehat. Sekaligus, sistem ini dapat mengawal masalah kemasukan pelajar ponteng yang mengambil kesempatan ke PSS
Pelawat yang hadir turut akan mengisi rekod kemasukan dalam sistem ini. Kebiasaannya pelawat hanya akan mengisi maklumat diri dalam Buku Pelawat yang terdapat di Bilik Pengetua. Dengan adanya sistem ini, pelawat atau pegawai teknikal komputer yang hadir turut dapat direkodkan bagi tujuan rujukan dikemudian hari.
@ Hak cipta Pusat Sumber SMK Datuk Hj Abdul Kadir