Pusat Sumber sebelum ini hanya mempunyai koleksi buku secara fizikal sahaja. Pengguna perlu hadir ke PSS untuk membuat bacaan atau meminjam buku. Cara ini membataskan pengguna untuk membuat bacaan dari segi masa dan tenaga.Â
Untuk memperkasakan pembacaan buku dikalangan pengguna, PSS telah membeli koleksi buku maya untuk memberi pilihan yang lebih banyak kepada pengguna untuk membuat pembacaan dalam pelbagai cara. Pengguna boleh membuat pembacaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Konsep ini membolehkan PSS beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
@ Hak cipta Pusat Sumber SMK Datuk Hj Abdul Kadir