SELAMAT DATANG SPS PPD BATU PAHAT
Aduan boleh dibuat disini.
https://lookerstudio.google.com/reporting/1759abd7-6891-4c9e-ab12-175da1779833
Manual orang awam:
Link video dan manual
1. DOKUMEN_MANUAL_PENGGUNA_SISTEM_PERMOHONAN_TAHUN_1 : https://docs.google.com/document/d/1oNTXsIE4PC3AoeIGzJAUK6L0-XQ3p3wr/edit?usp=share_link&ouid=117202865920430488554&rtpof=true&sd=true
2. DOKUMEN_MANUAL_PENGGUNA_SISTEM_PERMOHONAN_TAHUN_1_PENTADBIR,PPD,JPN : https://docs.google.com/document/d/1H5mTeMHHhrWTB30nlBp6huugnIiAqXk4/edit?usp=share_link&ouid=117202865920430488554&rtpof=true&sd=true
3. VIDEO MANUAL PENGGUNA MENDAFTAR AKAUN BAHARU : https://drive.google.com/file/d/1oNCDET2bwUdbUrYgtgrZuUjAjS5fG0FE/view?usp=sharing
4. VIDEO MANUAL PENGGUNA KEMASKINI PROFIL - ORANG AWAM - TAHUN 1 : https://drive.google.com/drive/folders/1SOuui85N_pplgsrAMdZvZ6Qd0c6ySqE0?usp=share_link
5. VIDEO MANUAL PENGGUNA TETAPAN FEEDER - PENTADBIR SEKOLAH - TAHUN 1 : https://drive.google.com/file/d/1sf5oTQv6lJiiTsXVG8717r8XmV4UNcdM/view?usp=share_link
PENDAFTARAN TAHUN 1
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM
Kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 melalui permohonan online.
Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Tarikh Mula : 2 Mei 2023
Tarikh Tutup : 30 Jun 2023
Tarikh Rayuan : 1-31 Disember 2023
Keputusan Rayuan : 1-31 Oktober 2023
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM idme.moe.gov.my
PENGENALAN PENDAFTARAN TAHUN 1
Google link https://idme.moe.gov.my/login
Sistem idMe KPM
Sistem Pengurusan Identiti (IDME) telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana membolehkan Warga KPM untuk mengakses beberapa aplikasi di bawahnya.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 KPM pada Januari 2019 bagi menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menjadi sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM.
Dengan adanya sistem ini ia dapat memudahkan para guru khususnya di mana semua aplikasi penting KPM boleh diakses secara single sign-on melalui Laman Web IDME.
Kini semua guru boleh dikatakan telah mendaftardi akaun idme masing-masing, bagi yang belum boleh terus membuat pendaftaran (PANDUAN DAFTAR IDME) , kerana anda perlu Sign In di IDME untuk mengakses aplikasi Simtem Bersepadau KPM (MOEIS), bagi mengisi markah UASA dan juga Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Laman Web IDME; https://idme.moe.gov.my/
Aplikasi yang boleh diakses melalui sign in di IDME ialah MOEIS yang mana mempunyai beberapa Modul iaitu Pengurusan Awam, Murid, Guru, Institusi dan Pentaksiran.
Pembangunan MOEIS bertujuan memenuhi keperluan fungsi dan proses bisnes terkini KPM termasuk menaik taraf peunaan teknologi sedia ada dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan siber di Kementerian.
Bagaimana jika terlupa kata laluan IDME?
Perkara ini sememangnya selalu terjadi di kalangan guru, kerana banyak password yang perlu diingat.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh tekan pada menu lupa kata laluan, kemudian masukkan emel yang anda telah daftarkan untuk idMe ini.
Semak emel anda, sistem akan menghantar pemberitahuan di emel. Jika tiada semak di bahagian spam, kerana mungkin juga akan masuk di situ.
Selepas menerima pemberitahuan, anda boleh sign in semula dengan password sementara, sila buat penukaran password. Pastikan anda tulis password anda atau simpan di dalam telefon bimbit.
Pada masa akan datang semua sistem boleh diakses hanya melalui IDME,kerana aplikasi-aplikasi lain juga akan dipindahkan ke MOEIS seperti APDM, eGtukar, SPLKPM dan lain-lain bagi memudahkan anda untuk mengingat satu password sahaja.