SELAMAT DATANG SPS PPD BATU PAHAT
PRASEKOLAH
Syarat kelayakan permohonan prasekolah kpm
Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3 + kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
permohonan prasekolah kpm
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.
Mendapatkan Pendidikan Prasekolah
Pendidikan formal di Malaysia bermula seawal umur empat (4) tahun, iaitu pendidikan prasekolah, namun ia bukanlah pendidikan wajib. Walau bagaimanapun, majoriti kanak-kanak yang berusia enam (6) tahun telah memulakan pendidikan prasekolah secara formal sebagai persediaan untuk menempuh alam persekolahan. Malah, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan telah mewujudkan kelas prasekolah dengan memberi keutamaan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah. Pendidikan Prasekolah di Malaysia dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agensi awam lain selain daripada KPM seperti Tabika Perpaduan, Tabika KEMAS dan tabika di bawah seliaan kerajaan negeri seperti Tadika Islam MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan prasekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) serta tadika swasta.
Memasuki Prasekolah Kerajaan
Pendidikan prasekolah di KPM dilaksanakan di pelbagai jenis sekolah/institusi antaranya di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta beberapa lagi jenis sekolah/institusi lain di bawah KPM. Bilangan murid dalam satu kelas adalah terhad iaitu 25 orang murid bagi kelas perdana manakala 7 orang murid bagi kelas pendidikan khas/integrasi. Bagi memasuki prasekolah tersebut, terdapat panduan yang merangkumi proses-proses yang boleh dirujuk oleh ibu bapa dan penjaga. Maklumat yang disediakan berkaitan Prasekolah KPM adalah mendapatkan maklumat umum, mendapatkan senarai prasekolah, memohon kemasukan, menyemak keputusan permohonan, membuat rayuan permohonan (sekiranya perlu), mendapatkan maklumat pendaftaran dan memohon bantuan pendidikan (sekiranya layak).
Sekolah Tadika Islam menyediakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat (4) hingga enam (6) tahun. Maklumat berkaitan Sekolah Tadika Islam merangkumi maklumat umum, mendapatkan senarai Sekolah Tadika Islam, memohon kemasukan Sekolah Tadika Islam, menyemak kemasukan Sekolah Tadika Islam dan mendaftar Sekolah Tadika Islam.
Tadika swasta menyediakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat(4) hingga enam(6) tahun. Bagi memasuki prasekolah swasta, terdapat panduan yang merangkumi proses-proses yang boleh dirujuk oleh ibu bapa dan penjaga. Proses-proses yang terlibat untuk memasuki prasekolah swasta adalah mendapatkan maklumat umum, mendapatkan senarai prasekolah, memohon kemasukan, menyemak keputusan permohonan, membuat rayuan permohonan (sekiranya perlu), mendapatkan maklumat pendaftaran dan memohon bantuan pendidikan (sekiranya layak).
Maklumat berkaitan memasuki Prasekolah Pendidikan Khas, senarai sekolah beserta lokasi, permohonan kemasukan, semakan keputusan permohonan, rayuan permohonan dan pendaftaran persekolahan.
Terdapat beberapa bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada murid-murid prasekolah di Malaysia. Bantuan adalah seperti bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan Persekolahan Bagi Prasekolah, Skim Bantuan Persekolahan dan Permohonan Bantuan oleh Lembaga Zakat.