SELAMAT DATANG SPS PPD BATU PAHAT
Menyelia pengurusan dan pentadbiran Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah termasuklah Institusi Pendidikan Swasta yang di bawah bidang kawalan Pejabat Pendidikan Daerah.
Penempatan dan Pertukaran guru di sekolah bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah termasuklah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
Menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan menverifikasi data murid warganegara dan bukan warganegara di sekolah bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah.
Menyelia dan memantau kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta dibawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (Sekiranya ada).
Sistem pendidikan di Malaysia adalah salah satu medium yang menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Sistem pendidikan formal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat melahirkan generasi berpengetahuan serta berpemikiran kritis dan kreatif. Generasi ini juga dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi, memimpin serta mempunyai nilai dan etika yang akan membolehkan pelajar bersaing di peringkat global. Secara umumnya, sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada 5 peringkat, iaitu; Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pra Siswazah dan Pendidikan Tinggi.
UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah.
Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Prasekolah dan Sekolah Rendah.
Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6.
Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Menengah dan Tingkatan 6.
Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6 di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.
Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.
Membantu dalam pemantauan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta dan prasekolah swasta di bawah kawalan PPD.
Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.
Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru.
Pengumpulan data sekolah swasta.
Menyediakan laporan awal bagi tujuan pendakwaan.