SELAMAT DATANG SPS PPD BATU PAHAT
MEMOHON KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN
Tatacara permohonan kemasukan sekolah menengah adalah berbeza-beza mengikut jenis sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Harian
Melalui Modul eDaftar Menengah:
Penempatan ke Tingkatan 1 atau Kelas Peralihan diurus oleh Guru kelas Tahun 6 di SK/SRAB/SJKC /SJKT menggunakan aplikasi APDM (Modul eDaftar Menengah) berdasarkan Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) yang dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga murid Tahun 6
Modul eDaftar Menengah adalah bagi penempatan murid warganegara ke Tingkatan 1 atau Kelas Peralihan.
Bagi murid bukan warganegara, mereka hendaklah membuat permohonan secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Murid warganegara yang tercicir (pendidikan wajib) boleh mohon dengan menggunakan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
Murid warganegara dari luar negara boleh mohon dengan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
Melalui Permohonan:
Murid Bukan Warganegara boleh memohon menggunakan Borang Jadual Pertama PU(A)275 di PPD atau JPN. Mereka tertakluk kepada kelulusan dan dikenakan bayaran fi yang perlu diperbaharui setiap tahun.
Sekolah Berasrama Penuh
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah secara online.
Bagi murid Tahun 6 yang mahu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1, hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Sistem Permohonan dalam Talian ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan Tingkatan 4
Bagi pelajar Tingkatan 3 yang mahu membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4, hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Sistem Permohonan dalam Talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah Seni
Syarat- syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia
Warganegara Malaysia
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
Sihat tubuh badan
Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses
Syarat Kemasukan
Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
Mengemukakan rekod kesihatan murid
Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga
Cara Permohonan Ke SSeM/PPS
Permohonan mestilah melalui sistem dalam talian (online) SSeM/PPS.
Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.
Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.
Sesi Serlahan Seni atau Ujibakat
Sesi uji bakat pemilihan murid biasanya dilaksanakan pada pertengahan bulan Oktober dan November setiap tahun.
Calon yang memohon akan menjalani sesi uji bakat berdasarkan bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.
Sekolah Sukan
KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
1. PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
1.1 Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
1.2 Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi Ketua Jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.3 Kemasukan ke SSM adalah pada bulan Januari dan Julai sahaja. Bagi kemasukan Ambilan Julai hanya dilaksanakan untuk menggantikan atlet murid yang telah digugurkan atas sebab berikut:
permohonan ibu bapa;
hasil mesyuarat dialog prestasi setelah atlet murid telah diberi ruang, dipantau dan dibimbing oleh jurulatih dan laporan prestasi disertakan.
Nota Pencalon Terhad — Terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN).
2. SYARAT KEMASUKAN ATLET MURID KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)
2.1 Syarat Umum Kemasukan ke SSM
Warganegara Malaysia (seperti dalam lampiran)
Surat Pekeliling Kewangan: Bil. 3 Tahun 2017. Pengurusan Kewangan Bagi Biasiswa Sukan
Surat Pekeliling Ikhtisas: BiI.1/2009. Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah
Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
Telah melalui proses kenal pasti bakat (Talent ldentification (TID)/ja/em Searchl Talent Scouting) bagi sukan terpilih yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bahagian Sukan.
Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh: Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).
2.2 Syarat Khusus Kemasukan ke SSM
Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 Dan Tahun 6
Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
Memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 Hingga Tingkatan 5
Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah rendah masing-masing.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan aplikasi secara atas talian bagi Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Permohonan adalah terbuka kepada murid Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut mengenai syarat umum kelayakan kemasukan ke MRSM boleh didapati di laman web MARA.
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Sekolah Agama Bentuan Kerajaan (SABK) adalah dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). Syarat permohonan kemasukan ke SABK ditentukan oleh mereka.(rujuk kepada sekolah dan negeri yang dipohon)