SELAMAT DATANG SPS PPD BATU PAHAT
Adakah murid bukan warganegara boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan berdasarkan peruntukan perundangan?
Berdasarkan peruntukan perundangan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sedia ada,
mensyaratkan bahawa setiap murid yang hendak masuk ke sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan hendaklah berstatus warganegara.
Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada syarat tersebut di mana murid
bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan sekiranya memenuhi kategori-kategori yang ditetapkan dalam akta tersebut.
Apakah kategori murid bukan warganegara yang boleh bersekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan ?
Kategori-kategori murid bukan warganegara itu ialah ;
anak kakitangan Kedutaan Asing;
anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam
perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain
dengan permit kerja yang sah;
anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
atau murid yang dipilih oleh Kerajaan murid itu untuk melanjutkan pelajarannya di
Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara murid itu.
Apakah dokumen yang diperlukan sebelum murid bukan warganegara ini
diterima masuk ke sekolah ?
Dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan Jadual Pertama P.U.A (275)
sebelum murid ini diterima masuk ke sekolah ialah;
sijil lahir murid atau kad pengenalan murid,
pasport murid dan
pasport ibu bapa
pas penggajian ibu bapa,
pas tanggungan,
surat majikan di negara ini yang telah ditentu sahkan,
mengemukakan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
berkenaan.
Jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan warganegara ini tidak
bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan atau badan berkanun,
adakah anak mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuaan kerajaan ?
Anak mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan, jika
ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan warganegara ini dapat
mengemukakan permit kerja yang sah, iaitu;
pas penggajian (employment pass) kategori I dengan gaji RM10,000 sebulan dan ke
atas dengan kontrak minima dua tahun, atau
pas penggajian (employment pass) kategori ll dengan gaji RM9,999.00 hingga
RM5,000 sebulan dengan kontrak kurang dari 2 tahun.
Kategori-kategori ini adalah yang membenarkan mereka membawa tanggungan
(dependents) sepanjang tempoh bekerja di negara ini.
Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan warganegara yang telah
dijadikan anak angkat yang sah oleh warganegara Malaysia untuk
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara yang telah diambil
oleh warganegara Malaysia sebagai anak angkat yang sah adalah seperti berikut:
Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), atau
Perintah mahkamah tentang hak penjagaan murid; atau
Surat Akuan Penjagaan Murid daripada Jabatan Kebajikan Masyarakatan dan
Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen
atau salinan permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan warganegara hasil
perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia ( perkahwinan ibu
bapa tidak didaftarkan di Malaysia ) di mana sekiranya bapa adalah
warganegara dan ibunya bukan warganegara ini untuk bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara hasil perkahwinan
tidak mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah warganegara
dan ibunya bukan warganegara, adalah sijil lahir murid dan dokumen seperti :
Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah; atau
Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum
atau Ketua Rumah Panjang tempat murid tersebut tinggal, dan
Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen
atau salinan permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Apakah borang yang diperlu diisi sebelum murid ini diterima masuk ke
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu mengemukakan borang permohonan Jadual
Pertama P.U.A ( 275 ).
Di manakah borang ini boleh diperolehi?
Borang ini boleh diperolehi di Pejabatan Pendidikan Daerah ( PPD ) atau Jabatan
Pendidikan Negeri ( JPN ) yang berhampiran.
Adakah kanak-kanak pelarian Rohingya atau kanak-kanak pelarian Filipina (
IMM13 ) yang memegang kad UNHCR diterima bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Kanak-kanak pelarian Rohingya atau murid pelarian Filipina ( IMM13 ) ini boleh belajar di
Pusat Bimbingan Alternatif ( PBA ) atau Pusat Pembelajaran Komuniti ( CLC ) yang
ditubuhkan oleh UNHCR atau institusi pendidikan swasta.
Adakah murid bukan warganegara yang ibu atau bapanya bekerja di sektor
pembinaan, sektor pekilangan, sektor pembersihan atau bekerja sebagai
pembantu rumah boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan ?
Tidak boleh, kerana ibu atau bapa murid ini tidak dibenarkan membawa tanggungan(
dependants ) sepanjang bekerja di negara ini.
Adakah murid bukan warganegara yang ibu bapanya sedang melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah boleh bersekolah di sekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan ?
Tidak boleh, walau bagaimanapun murid bukan warganegara yang ibubapanya sedang
melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di institusi pendidikan tinggi ( IPT )
boleh mengikuti pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa atau
institusi pendidikan swasta.
Bilakah permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara ini dibuka ?
Permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara ini mula dibuka;
bagi kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, mulai 1 Oktober hingga 30
November tahun semasa
bagi lain-lain kategori murid bukan warganegara adalah sepanjang tahun.
Di manakah ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan
persekolahan murid ini?
Ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan Jadual Pertama P.U.A ( 275 )
persekolahan murid ini di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri
atau Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) yang berhampiran.
Adakah murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi pengajian
sebelum diterima masuk ke sekolah ?
Ya, murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan iaitu sebanyak RM120.00 untuk sekolah rendah dan RM240.00 untuk sekolah
menengah setahun.
Di manakah bayaran fi ini boleh dibuat ?
Bayaran fi ini boleh dibuat di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negerin berkenaan
sebelum diterima masuk ke sekolah .