Haiwan yang mampu bergerak dengan Bertenaga antara tandanya termasuklah binatang tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah disembelih.
(Wahbah al-Zuhayli; al-Fiqh al-Manhaji ala-Mazhab Imam Syafi'i)
Saluran makanan
Saluran pernafasan
Majoriti ulamak menyatakan maksud ahli kitab ialah keturunan Bani Israel yang beragama Yahudi dan Nasrani. (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwait)
Kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah.
Nama Allah yang menunjukkan bahawa ALLAH MAHA BERKUASA secara mutlak untuk melakukan segala kehendaknya.
Nama Allah yang menunjukkan bahawa ALLAH MAHA PEMBALAS dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
Kias, juga dieja sebagai qiyas (bahasa Arab: قياس), adalah menyamakan hukum suatu perkara yang baharu yang belum ada pada masa sebelumnya dengan perkara yang sedia ada kerana persamaan sebab dan manfaat.[1] Pada makna bahasa ia adalah ukuran, persamaan, pengukuran atau perbandingan.
Ia adalah proses (ijtihad) berasaskan pengibaratan daripada ayat Al-Quran dan sunah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Kias menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi ilat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.
Istihsan (bahasa Arab: استحسان) adalah kecenderungan seseorang pada sesuatu karena menganggapnya lebih baik, dan ini bisa bersifat lahiriah (hissiy) ataupun maknawiah; meskipun hal itu dianggap tidak baik oleh orang lain. atau dapat diartikan dengan penangguhan hukum seseorang mujtahid dari hukum yang jelas (Alquran, sunnah, ijmak, dan qiyas) ke hukum yang samar-samar (qiyas khafi, dll) karena kondisi atau keadaan darurat atau adat istiadat.[1]
Ijma' atau Ijmak ( إجماع ) dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad.
Manakala dari segi istilah syara’ pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah S.A.W.
Uruf bermaksud perkara yang telah tetap berada dalam diri manusia dan diterima baik oleh tabiat yang sempurna sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan Dengan perkataan lain, 'urf merupakan perkara yang telah tetap dan sebati dalam jiwa seseorang sehingga mereka merasa selesa dengannya. Lantaran ia dilakukan berulang kali kerana dianggap baik oleh akal fikiran dan tidak diingkarkan oleh mereka yang mempunyai perasaan yang sejahtera.
Al Maslahah bermaksud satu keadaan yang boleh mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan. Maka setiap perkara yang mengandungi manfaat sama ada dengan mencapai faedah atau menjauhkan kemudaratan dikatakan maslahah.
Istilah al masalih al mursalah didefinisikan oleh para ulama sebagai kepentingan yang tiada keterangan nas secara langsung sama ada memperakuinya atau menolaknya.
Istidlal (Bahasa Arab: الاستدلال) adalah daya usaha mencari dalil atau sumber hukum bagi sesuatu masalah yang belum diketahui hukumnya.
Mengekalkan sesuatu perkara berdasarkan keadaan asalnya selama mana tidak terdapat sesuatu yang mengubahnya.
Tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud menthabitkan dan menyemak asas kebenarannya. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan terlebih dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perintah untuk “tabayyun” merupakan perintah yang sangat penting agar kita dapat mengelakkan dari berprasangka.
Takutkan kepada kemurkaan dan azab Allah dengan menjauhi segala larangan-Nya.
Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya.
Pendekatan yang sederhana seimbang adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.