Panduan Pembelajaran :
Pelajar dengarkan bacaan contoh pada pautan bacaan.
Seterusnya meneroka isi pelajaran menggunakan e-nota yang disediakan.
Hafaz tubi bacaan mengikut potongan ayat.
Tambah ilmu pada bahan bacaan pengayaan.
Guru boleh kongsi tugasan ini dengan menyalin pautan ke google classroom.
Orang yang telah tertutup pintu hati tidak akan dapat melihat tanda-tanda kekuasaan .
Allah menyediakan Neraka Jahanam bagi sesiapa sahaja yang mensyirikkanNya
Orang yang mempersendakan ayat Allah dan menghina para rasulnya ialah golongan yang rugi.
Orang yang ingkar perintah Allah akan ditolak amal kebaikan pada hari kiamat.
Hafal ayat 101-106 surah al-Kahfi.
Perdengarkan bacaan anda di hadapan guru. [RAKAM & HANTAR].
Hasilkan [PETA PEMIKIRAN] untuk menjelaskan tentang intisari ayat ini.
Abu Darda’ R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya :
"Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terakhir surah al-Kahfi maka dia akan terhindar dari fitnah dajjal."
(Riwayat Muslim)
Klik ikon di bawah untuk menjawab soalan.
Perdengarkan bacaan dan kepada rakan, minta rakan menandakan tahap penguasaan anda. Catat pencapaian pada [SENARAI SEMAK] ini.
Kongsikan tajuk ini dengan pelajar di GOOGLE CLASSROOM :
Klik LAMBANG RANTAI di HUJUNG MANA-MANA TAJUK pada paparan ini - COPY & PASTE.