Panduan Pembelajaran :
Pelajar dengarkan bacaan contoh pada pautan bacaan.
Seterusnya meneroka isi pelajaran menggunakan e-nota yang disediakan.
Hafaz tubi bacaan mengikut potongan ayat.
Tambah ilmu pada bahan bacaan pengayaan.
Guru boleh kongsi tugasan ini dengan menyalin pautan ke google classroom.
Solat ialah tonggak kepada segala amalan seseorang muslim.
Segala ibadah yang dilakukan perlu mengikut syariat Nabi Muhammad.
Kehidupan di dunia perlu dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasulullah supaya bahagia di dunia dan di akhirat.
Menyerahkan segala urusan kehidupan sesudah kematian kepada Allah
Keikhlasan ialah faktor utama segala ibadah diterima oleh Allah.
Umat Islam wajib menjauhi syirik kerana syirik merupakan larangan Allah.
Umat Islam wajib memohon hanya kepada Allah kerana dia ialah Tuhan sekelian Alam.
Hafal ayat 162-163 surah al-An'am.
Perdengarkan bacaan anda di hadapan guru. [Rakam dan hantar].
Hasilkan [PETA PEMIKIRAN] untuk menjelaskan tentang intisari ayat ini.
Sunat membaca Doa Iftitah dalam solat.
Perdengarkan bacaan anda kepada rakan dan rakan anda menandakan √ tahap penguasaan anda. catat di dalam [SENARAI SEMAK] ini.
SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMBUKA PAUTAN
Kongsikan tajuk ini dengan pelajar di GOOGLE CLASSROOM :
Klik LAMBANG RANTAI di HUJUNG MANA-MANA TAJUK pada paparan ini - COPY & PASTE.