Kelas Pdpr akan lebih menarik jika guru dapat berinteraksi dengan pelajar secara maksimun. Salah satu aplikasi yang amat membantu guru menyelesaikan masalah ini ialah Classpoint. Guru-guru boleh menggunakan powerpoint seperti biasa tetapi pelajar dapat turut serta menjawab soalan-soalan yang dikemukan guru melalui paparan powerpoint yang dikongsikan.
Muat turun classpoint untuk powerpoint anda :
https://www.classpoint.io/
Myviewboard sangat membantu tugas-tugas guru menyediakan rancangan mengajar yang menarik. Aplikasi ini dilengkapi pelbagai 'tools' yang sangat menarik dan berguna untuk guru menjalankan pengajaran secara atas talian. Tambahan pula kemudahan polls, pop quiz dan throw membolehkan guru menjalankan PBD dengan mudah sepanjang sesi pengajaran. Guru-guru boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma.
Kerja-kerja memeriksa tugasan pelajar kadangkala memeningkan apabila pelajar menghantar tugasan dalam pelbagai format dan tidak tersusun. Kini guru-guru boleh berkreatif menghasilkan tugasan online dengan menggunakan Jamboard. Jamboard ialah aplikasi yang membolehkan guru dan pelajar berkolaborasi. Aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan Jamboard semasa 'Google meet'. Guru juga boleh memberi tugasan individu kepada pelajar melalui 'google classroom'. Guru boleh memeriksa hasil kerja pelajar dengan mudah menggunakan fungsi 'sticy note', 'text', 'image' dan 'digital ink'.
Hasil kerja pelajar menggunakan Jamboard
Tugasan individu menggunakan Jamboard
Perkongsian video pengajaran adalah antara tugasan yang paling popular sepanjang pelaksanan Pdpr. Namun tugasan sebegini tidak berkesan seandainya pelajar tidak menghayati kandungan video tersebut dengan baik. Kesannya pembelajaran secara 'flipped classroom' tidak akan berjaya. Bagi mengatasi kelemahan ini, guru-guru boleh menggunakan kemudahan 'EdPuzzle' untuk mengedit video pengajaran menjadi suatu bahan yang mewajibkan pelajar fokus semasa menonton video tersebut. Hal ini demikian kerana 'Edpuzzle' membenarkan guru menambah soalan-soalan tertentu di dalam video. Terdapat beberapa format soalan yang boleh dihasilkan seperti soalan aneka pilihan, catatan nota, dan rakaman suara.
Jom gunakan edpuzzle untuk meningkatkan lagi keberkesanan Pdpr anda. Sangat memudahkan guru melaksanakan PBD.
Join edpuzzle :
Quran.com menyediakan kemudahan membaca al-Quran dan carian teks al-Quran dengan mudah dan menarik. Bagi guru-guru Pendidikan Islam, laman Quran.com ini sangat membantu anda melaksanakan Pdpr al-Quran secara atas talian dengan berkesan. Laman ini lengkap dengan audio bacaan dan terjemahan. Pengguna boleh membuat tetapan qari, bahasa dan lain-lain pada butang tetapan di sebelah kanan laman Quran.com ini.
Terdapat 3 bentuk paparan iaitu paparan al-Quran beserta terjemahan, paparan ayat al-Quran sahaja dan paparan maklumat tentang surah. Ini amat bermakna untuk guru Pendidikan Islam melaksanakan pengajaran. Ayat-ayat al-Quran juga boleh disalin dan dikongsi ke aplikasi lain seperti facebook, twitter, whatapps dan lain-lain. Banyak lagi fungsi lain yang boleh diterokai. Selamat menggunakan Quran.com.
Layari laman Quran.com : https://quran.com/