Panduan Pembelajaran :
Pelajar dengarkan bacaan contoh pada pautan bacaan.
Seterusnya meneroka isi pelajaran menggunakan e-nota yang disediakan.
Hafaz tubi bacaan mengikut potongan ayat.
Tambah ilmu pada bahan bacaan pengayaan.
Guru boleh kongsi tugasan ini dengan menyalin pautan ke google classroom.
Allah akan mengurniakan syurga Firdaus kepada orang yang beramal soleh.
Orang yang beramal soleh akan kekal di dalam syurga Firdaus.
Kehebatan dan keluasan ilmu Allah tiada tandingannya..
Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan Wahyu untuk disampaikan kepada umatnya.
Orang yang rindu untuk bertemu dengan tuhannya akan sentiasa beramal soleh serta menjauhi perbuatan syirik.
Hafal ayat 107-110 surah al-Kahfi.
Perdengarkan bacaan anda di hadapan guru. [RAKAM & HANTAR].
Hasilkan [PETA PEMIKIRAN] untuk menjelaskan tentang intisari ayat ini.
Abu Darda’ R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya :
"Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terakhir surah al-Kahfi maka dia akan terhindar dari fitnah dajjal."
(Riwayat Muslim)
Perdengarkan bacaan dan kepada rakan, minta rakan menandakan tahap penguasaan anda. Catat pencapaian pada [SENARAI SEMAK] ini.
Kongsikan tajuk ini dengan pelajar di GOOGLE CLASSROOM :
Klik LAMBANG RANTAI di HUJUNG MANA-MANA TAJUK pada paparan ini - COPY & PASTE.