DEFINISI
Penyelarasan adalah satu proses untuk memastikan keseragaman penskoran.
TEMPOH PELAKSANAAN
Aktiviti Penyelarasan dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran.
OBJEKTIF PENYELARASAN
i. Menyelaras pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran.
ii. Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran.
iii. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
iv. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
v. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
JENIS PENYELARASAN
i. Penyelarasan dalaman
Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah
ii. Penyelarasan luaran
Penyelarasan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan
KPM.
PERSONEL PENYELARASAN
i. Penyelarasan dalaman dijalankan oleh:
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
ii. Penyelarasan luaran dijalankan oleh:
Pegawai KPM
Pegawai yang dilantik oleh KPM
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Pegawai yang dilantik oleh JPN
Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
Pentaksir Kawasan (PKw)
PERANAN PERSONEL PENYELARASAN
i. Mengadakan taklimat penyelarasan bagi memastikan guru faham dengan panduan
penskoran.
ii. Meningkatkan kompetensi guru untuk memastikan pemeriksaan hasil kerja murid
dijalankan berdasarkan panduan penskoran.
iii. Menjalankan pemeriksaan rawak / semak balas pada sepuluh sampel hasil kerja
murid yang telah diperiksa oleh guru bagi memastikan skor yang diberi menepati
keupayaan sebenar murid.
iv. Memastikan guru menjalankan pemeriksaan semula sekiranya pemeriksaanya tidak
menepati panduan penskoran dan keupayaan sebenar murid.
v. Melakukan Penyelarasan kedua dan ketiga sekiranya penyelarasan menunjukkan
pemeriksaan guru tidak menepati panduan penskoran
vi. Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor.
vii. Mengesahkan skor murid bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
BORANG PENILAIAN
i. PKS 1A – Instrumen Penjaminan Kualiti - Penyelarasan Penskoran Antara Panduan Penskoran, Pemeriksaan Guru Dan Penyelaras.
Instrumen ini diisi oleh Penyelaras Dalaman semasa melakukan penyelarasan penskoran hasil kerja murid.
Instrumen ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Luar apabila mereka datang untuk membuat Penyelarasan.
Pengetua / Guru Besar hendaklah merujuk kepada skor yang telah diselaras semasa membuat pengesahan skor
ii. PKS 1B – Instrumen Penjaminan Kualiti – Penyelarasan Penskoran. Instrumen diisi oleh Penyelaras yang menjalankan penyelarasan
iii. PKS 2 – Laporan Penjaminan Kualiti – Penyelarasan Penskoran.
Laporan disediakan oleh Penyelaras berdasarkan maklumat dari instrumen PKS 1B