DEFINISI
Pengesanan ialah satu proses untuk menilai instrumen pentaksiran.
TEMPOH PELAKSANAAN
Pengesanan ialah satu proses untuk menilai instrumen pentaksiran.
OBJEKTIF PENGESANAN
i. Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum
ii. Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur
iii. Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item
iv. Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid
v. Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai
vi. Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi
vii. Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran
viii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
JENIS PENGESANAN
i. Pengesanan Dalaman
Pengesanan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah
ii. Pengesanan Luaran
Pengesanan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan
KPM.
PERSONEL PENGESANAN
i. Pengesanan dalaman dijalankan oleh:
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
ii. Pengesanan luaran dijalankan oleh:
Pegawai Lembaga Peperiksaan
Pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan
Jurulatih Kebangsaan
Pegawai yang dilantik oleh JPN
Jurulatih Negeri
Jurulatih Daerah
PERANAN PERSONEL PENGESANAN
i. Menyemak instrumen pentaksiran yang dihasilkan oleh guru bagi memastikan
menepati dokumen kurikulum
sesuai dengan konstruk yang diukur
menepati prinsip pembinaan item
sesuai dengan tahap penguasaan murid
menggunakan laras bahasa yang sesuai
masa yang diperuntukkan mencukupi
kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran
ii. Mengesahkan instrumen pentaksiran sekiranya menepati kriteria pentaksiran
iii. Membimbing guru untuk membuat penambahbaikan sekiranya instrumen tidak
menepati kriteria pentaksiran
PENILAIAN PENGESANAN
i. PKK 1 - Instrumen Penjaminan Kualiti - Pengesanan.
Instrumen diisi oleh Personel Pengesanan yang menjalankan pengesanan.
ii. PKK 2 - Laporan Penjaminan Kualiti - Pengesanan.
Laporan disediakan oleh Personel Pengesanan berdasarkan maklumat dari
instrumen PKK 1.