DEFINISI
Pemantauan adalah satu proses mengawal selia bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
TEMPOH PELAKSANAAN PEMANTAUAN
Aktiviti Pemantauan dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan PBS.
OBJEKTIF PEMANTAUAN
i. Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan.
ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS.
iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.dalam pelaksanaan PBS.
v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
JENIS PEMANTAUAN
Pemantauan dalaman:
i. Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah.
ii. Pemantauan luaran :
Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh KPM, JPN dan PPD
PERSONAL PEMANTAUAN
i. Pemantauan dalaman dijalankan oleh:
Pengetua / Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
GKMP / Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
ii. Pemantauan luaran dijalankan oleh:
Pegawai yang dilantik oleh KPM
Pegawai yang dilantik oleh JPN
Pegawai yang dilantik oleh PPD
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah
i. Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
ii. Mengenal pasti instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru :
menepati dokumen kurikulum
sesuai dengan konstruk yang diukur
sesuai dengan tahap penguasaan murid
boleh ditadbir urus
iii. Mengenal pasti sama ada skor yang diberikan oleh guru
berdasarkan hasil kerja / respons murid yang autentik
menepati keupayaan sebenar murid
sah dan boleh dipercayai
adil bagi semua murid
iv. Memberi maklumbalas dapatan pemantauan kepada guru bagi tujuan penambahbaikan Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran.
v. Menyediakan laporan Pemantauan berpandukan borang PKP 2A.
Pemantauan Skor Pentaksiran Sekolah
i. Memantau kesahan dan kebolehpercayaan skor yang direkod melalui SPPBS.
ii. Memastikan skor murid
selaras dengan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
menepati tahap penguasaan murid
konsisten bagi semua mata pelajaran
iii. Mendapatkan maklumbalas daripada pelaksana.
iv. Menyediakan laporan Pemantauan berpandukan borang PKP 2C.
PENTAKSIRAN PUSAT
Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
i. Mengenal pasti sama ada pelaksanaan tugasan Pentaksiran Pusat
menepati arahan tugasan
mengikut jadual yang ditetapkan
menepati peraturan pentadbiran
akur arahan keselamatan
ii. Mengenal pasti sama ada skor yang diberikan oleh guru
akur Peraturan Pemarkahan
telah diselaraskan dalam panitia
berdasarkan hasil kerja / respons murid yang autentik
menepati keupayaan sebenar murid
sah dan boleh dipercayai
adil bagi semua murid
iii. Memberi maklumbalas dapatan pemantauan kepada guru bagi tujuan
penambahbaikan Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran.
iv. Menyediakan laporan Pemantauan berpandukan borang PKP 2B.
Pemantauan Skor Pentaksiran Pusat
i. Memantau kesahan dan kebolehpercayaan skor yang direkod melalui SPPBS.
ii. Memastikan skor murid.
selaras dengan Peraturan Pemarkahan
menepati tahap penguasaan murid
konsisten bagi semua mata pelajaran
iii. Mendapatkan maklumbalas daripada pelaksana.
iv. Menyediakan laporan Pemantauan berpandukan borang PKP 2C.
PENILAIAN PEMANTAUAN
i. PKP 1A – Instrumen Penjaminan Kualiti - Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran
Sekolah
Instrumen diisi oleh Pemantau yang menjalankan pemantauan pelaksanaan
Pentaksiran Sekolah.
ii. PKP 1B - Instrumen Penjaminan Kualiti - Pemantauan Pelaksanaan Pelaksanaan
Pentaksiran Pusat
Instrumen diisi oleh Pemantau yang menjalankan pemantauan pelaksanaan
Pentaksiran Pusat.
iii. PKP 1C - Instrumen Penjaminan Kualiti - Pemantauan Skor Melalui SPPBS
Instrumen diisi oleh Pemantau yang menjalankan pemantauan melalui SPPBS.
iv. PKP 2A - Laporan Penjaminan Kualiti - Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran
Sekolah
Laporan disediakan oleh Pemantau berdasarkan maklumat dari instrumen PKP 1A
v. PKP 2B - Laporan Penjaminan Kualiti - Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
Laporan disediakan oleh Pemantau berdasarkan maklumat dari instrumen PKP 1B
vi. PKP 2C - Laporan Penjaminan Kualiti - Pemantauan Skor Melalui SPPBS
Laporan disediakan oleh Pemantau berdasarkan maklumat dari instrumen PKP 1C