PENGENALAN
Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut
garis panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan
melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan oleh personel
di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara
formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan
KPM / JPN / PPD / Sekolah.