Sesi PdPR dan Pelaporan PdPR berjalan seperti biasa bermula 13 Jun 2021 sebagaimana Takwin Persekolahan Tahun 2021. Terdapat penambaikan item dalam borang Pelaporan PdPR JPN bermula 13 Jun 2021, iaitu guru tidak perlu lagi mengisi kod sekolah.
Pautan untuk mengisi borang PelaPoran PdPR masih kekal.
http://gg.gg/PELAPORANPdPR2021KELANTAN
Terima Kasih.
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
MANUAL PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Proses PDPR memerlukan peranan dari semua pihak terutama sekali ibu bapa dan juga guru. Antara peranan yang boleh di mainkan ialah:
Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:
Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru
Membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.
Guru Pula Berperanan Melaksanakan PDPR Seperti Berikut:
Menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa
Merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
Menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid
Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan
Memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid
Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah
Merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.
PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
Objektif Manual PdPR ialah:
sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang; dan
membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum.
PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.
PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
Pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
Aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.
Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.
Panduan tempoh layar maksimum mengikut umur berdasarkan sumber daripada www.eyepromise.com dengan merujuk kepada The American Academy of Pediatrics (AAP) dan World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut:
Prasekolah: 1 jam
Rendah: 1-2 jam
Menengah rendah: 2-3 jam
Menengah atas: 3-4 jam
Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.
PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet.
Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.
Modul ini ini di buat dan perlu di rancang secara berstruktur. Antara perkara yang terkandung di dalam modul ini ialah:
Modul ini mengandungi:
Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah);
Tajuk atau tema modul;
Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
Tempoh pelaksanaan aktiviti;
Nota berkaitan tajuk modul;
Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang mengalakkan murid belajar berdasarkan
pengalaman sendiri
Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid .
Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
yang ditetapkan.
Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir sebelum menerima modul pembelajaran
Kaedah berasaskan projek adalah satu kaedah mengikut matapelajaran atau mengikut gabungan matapelajaran. Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:
Memberi tajuk kepada murid;
Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah
Menyiapkan projek yang diberikan;
Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan,
Peralatan dan kos yang diperlukan;
Menentukan jangka masa menyiapkan projek;
Membimbing murid menyelesaikan projek;
Membentangkan hasil projek;dan
Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek
Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian masalah.
Untuk Yang mencari modul PDPR anda boleh klik link di bawah ini: